Tahniah MH ucapkan buat pengarah terkenal, Syafiq Yusof yang sudah selamat menimang cahaya mata keduanya, semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan pengarah yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusuf itu menerusi laman Instagram (IG). Selain memaparkan wajah bayi keduanya yang comel itu, Syafiq, 26, turut mengumumkan nama anak yang dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram pada 4 Februari lalu itu.

Tahniah… Syafiq Yusof Selamat Timang Anak Kedua, Umum Nama Anak di IG

“Nusaybah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah. Nusaybah binti Kaab dikenal dengan julukan Ummu Umara,” tulisnya.

IKLAN

Rata-rata pengikutnya di media sosial turut menzahirkan ucapan tahniah buatnya menerusi ruangan komen.

Tahniah… Syafiq Yusof Selamat Timang Anak Kedua, Umum Nama Anak di IG

IKLAN

Terdahulu, anak kepada penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ini diijabkabul bersama isterinya, Aisyeah Zainal pada 2014 lalu. Anak pertama mereka, Nuur Jannah yang kini berusia dua tahun.

Tahniah… Syafiq Yusof Selamat Timang Anak Kedua, Umum Nama Anak di IG

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Syafiq kini sedang menantikan filem terbaru arahannya, KL Special Force yang bakal ditayangkan di pawagam Mac depan.

Foto: Instagram Syafiq Yusof

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI