Ads

Tahniah Siti Sairah Sahkan Sedang Hamil 10 Minggu!

Penyanyi, Siti Sairah yang merupakan adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil.

Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Sairah secara ringkas menerusi akaun Instagramnya.

Ads

“Bismillahirrahmannirahim….
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan maha penyayang… ALHAMDULILLAH,” tulisnya.

Menerusi laporan Harian Metro, Sairah memberitahu usia kandungannya kini sudah mencecah 10 minggu.

Ads

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki buat saya dan suami. Sejujurnya, saya sangat berdebar kerana ini kali pertama saya mengalami alahan. Tiga anak sebelum ini, saya okey dan biasa saja.

 

“Sebelum ini saya hanya nampak dan mendengar cerita orang yang mengalami alahan teruk. Malah, saya selalu cakap, kalau mengandung lagi tidak mahu lalui perkara itu. Namun, saya kena juga.

 

“Saya kerap muntah, badan lemah, tak larat berjalan dan selalu nak baring saja. Kadang ia berlarutan hingga malam. Suami pula ada ketika tekanan melihat keadaan saya. Dianaik risau dan kasihan,” katanya kepada Harian Metro.

Oleh kerana alahan teruk yang dialami oleh Sairah, dia berkata bahawa dia tidak mampu untuk berpuasa walaupun sudah beberapa kali mencuba untuk puasa penuh.

Ads

Apapun, MH ucapkan tahniah kepada Sairah yang bakal menimang cahaya matanya yang keempat dan semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik buatnya dan juga bayi dalam kandungan.

Sumber: Instagram Siti Sairah & Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Adalah Saya, Rock Sampai Bila-Bila,” – Rahmat Ekamatra Reda Tersingkir...

Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
error: Hello. Cannot.