Menerusi laman Instagram TV3 Malaysia telah berkongsi beberapa keping gambar detik manis pernikahan pasangan sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz.
“Tahniah @fashasandha dan @itsaidilaziz sah bergelar suami isteri. Semoga berbahagia hingga syurga. Amin Moment indah Majlis Pernikahan #aidilfasha diabadikan menggunakan #HuaweiP30Pro #RewriteTheRules”
Fasha telah menerima mas kahwin bernilai RM 300 ringgit daripada Aidil dan majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Jalan Kangar, Padang Besar, Kangar, Perlis.
Ads
Di samping itu, Fasha telah menerima 7 dulang hantaran dan berbalas 5 dulang hantaran kepada Aidil.
“Hantaran untuk Pernikahan #aidilfasha. 5 berbalas 7. Cantiknyaaaaaa.”
Ketika ini pelakon terkenal Sheila Rusly sedang sibuk membuat rakaman untuk rancangan masakan ikoniknya, Ketuk-Ketuk Ramadan bersama barisan artis terkenal.
Terbaru, Sheila telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, gambar tersebut memaparkan Sheila bersama penyanyi Bella Astillah.
Di samping itu, pelakon yang berusia 47 tahun itu telah memberi nasihat kepada Bella di ruangan kapsyen gambar tersebut.
“Dugaan datang bersebab.Takdir datang bersama hikmah. Insyaallah @bellaastillah
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Lantas, perkongsian isteri kepada seorang pengarah, Azman Hj. Yahya atau dikenali sebagai Jinggo telah mendapat perhatian netizen.
Lalu, kata-kata yang ditulis oleh Sheila itu telah dibalas oleh satu individu yang memuji pelakon itu.
“Begitu bermakna caption sis @sheilarusly_jspictures” tulis individu tersebut.
Supaya kata-kata Sheila dapat menjadi panduan hidup buat Bella Astillah.
Terdahulu, Sheila telah memaklumkan kepada peminatnya rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan sudah masuk tahun yang ke-15 dan tahun ini merupakan tahun yang terakhir untuk rancangan tersebut dirakamkan.
Foto : Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model Anzalna Nasir sangat sinonim dengan imejnya yang tetap melawa meski sedang sarat hamil cahaya mata sulung.
Video yang dirakam oleh seorang individu itu melihatkan Anzalna sedang mengenakan secalit gincu.
“Orang tua cakap ibu mengandung yang suka melaram ni tandanya nak dapat anak perempuan, betul ke?
“Maknanya keturunan kami memang semua perempuan ke macam mana? Hahahahhahahahahha @diananasir86@mianasir91 @afifahnasir93@nazirahnasir97 @the_angguns ,” tulisnya.
Sebak mendengar perkongsian penyanyi senior, Noraniza Idris mengenai kisahnya ketika berusia sekitar tujuh tahun.
Lebih tiga dekad bergelumang dalam seni, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hati Kama dan Dikir Puteri ini berkongsi rasa perihal kisah nyanyian dan sisi peribadinya menerusi program Di Balik Idola, baru-baru ini.
Bercerita mengenai zaman kanak-kanak, Noraniza mengakui dia bukanlah dibesarkan di dalam keluarga yang senang.
Dibesarkan dalam keluarga yang besar dan adik-beradik yang ramai, Noraniza mengakui pernah berhadapan dengan waktu sukar dan pernah mengalas perut hanya berbekalkan nasi dan air garam.
Dek kehidupannya itu, Noraniza seperti yang dipetik turut memberitahu, dia juga terpaksa tinggal bersama atuk, seorang tukang andam dan bidan yang jauh lebih senang berbanding keluarga sendiri.
“Kenapa saya sangat menghargai mak dan abah, lalu perturunkan kepada anak-anak dan anak-anak didik, kenang jasa mak dan abah. Memang arwah mak dan abah keluarga yang susah, kais pagi makan pagi.
“Sampai suatu ketika saya dengan mak saya ada komunikasi dengan atuk sebab abah tak mampu nak beli kasut sekolah. Sampai mak saya kata pada atuk, jagalah. Kami tak mampu nak tampung.
“Atuk pun cakap kemas barang ikut atuk kat rumah, boleh makan ayam hari-hari. Jaga dan tolong atuk masak, atyuk bagi RM10 sebulan. Saya sukalah dengar. Rupanya saya tak dapat jumpa emak. Ketika itu saya berusia 7 tahun, saya tanya pada atuk…,” katanya dalam nada sebak.
Selepas ditanya, atuk memberitahu ibu bapanya sedang sibuk mencari nafkah.
“Atuk kata mak abah kau kerja. Tak apa, atuk boleh bagi macam-macam, tia-tiap minggu bila atuk pergi majlis kahwin bawa Nasi Minyak yang kami adik beradik suka. Tapi masa saya makan, saya rasa kosong. Adik beradik mak ayah tak ada.
“Kalau mak abah datang, saya peluk mereka. Sampai saya dengar atuk cakap kau jangan datang, nanti Ani nak ikut baik. Hingga abah jumpa saya curi-curi jumpa di sekolah dan bagi duit,” kongsi Noraniza yang menyatakan bapanya bukanlah seorang yang memberi ekspresi kasih sayang secara terang-terangan.
“Sebab itulah saya selalu pesan, ingat salam mak…Cium tangan habis-habis. Ini adalah restu. Bila restu ibu bapa kepada kita, aura positif masuk dalam jiwa kita sebagai anak dan itulah rahsia kejayaan kita sampai bila-bila,” katanya.
Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April depan, menerusi pembedahan Caesarean.
Khabar gembira tersebut diumumkan dalam...