Tahniah! Pelakon Senior, Aman Graseka Selamat Anjur Majlis Sanding, Dedah Isteri Kini Berbadan Dua

Share

Pelakon, Aman Graseka dan Reena Areena ada berkongsi foto-foto sekitar majlis persandingan mereka pada 22 Disember lalu.

Memanjatkan rasa syukur dengan majlis persandingan yang berjalan lancar, pelakon berusia 51 tahun itu turut gembira kerana isterinya, yang dikenali sebagai Reena Areena tetap kuat meski berbadan dua.

“Alhamdulilah majlis berjalan dgn lancar 22/12/2018..syukur wife sy reena @reenaareena89 mampu meneruskan majlis wlupn dia penat sgt2 sbb pembawakkn baby tapi dia teruskn jgk tersenyum bersama2 dgn saya,” tulisnya ringkas.

Pada masa sama, isterinya juga turut berkongsi beberapa keping foto kenangan majlis sanding mereka.

Tampil dalam persalinan sedondon rona kuning di raja, keduanya tampak sama cantik sama padan.

Jom tatap beberapa foto yang dikongsikan.

Foto: Instagram Aman Graseka / Areena

IKLAN