Tahniah! Nadhir Juara Hero Remaja 2020

Share

Nadhir diumumkan juara Hero Remaja 2020 pada malam akhir program berkenaan pada Khamis.

Selempang kemenangan disampaikan juara Hero Remaja terdahulu, Alif Muhamin.

Atas kemenangan yang raih, Nadhir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, Umar pula diumumkan sebagai pemenang tempat kedua manakala Meerqeen diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga. 

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 dan RM5,000 berserta trofi kemenangan.

Jabir dan Haziq masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Hero Favourite 2020 pula disandang Aniq dan Imran pula dipilih sebagai Hero Inspirasi 2020.

Kedua-dua anugerah tersebut berdasarkan undian dalam talian.

Datuk Hans Isaac dan Scha Al Yahya menduduki kerusi juri Hero Remaja 2020 bersama Yusry Abdul Halim yang diundang selaku juri jemputan.

Pencarian Hero Remaja 2020 akhir disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Pencarian Hero Remaja 2020 ditaja Oleh Nivea Men.

Program berkenaan sebelum ini memulakan episod pertamanya pada 27 Februari lalu dan dihoskan oleh Ain Edruce yang digandingkan bersama Awal Ashaari pada malam akhir.

IKLAN