Tahniah! Luqman Hafidz Akhiri Zaman Bujang, – “Majlis Sanding Akan Dilakukan Selepas Kemelut COVID-19.”

Share

Pelakon Luqman Hafidz selamat melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya, Nurul Atikah.

Perkara tersebut dikongsikan bintang filem Ola Bola itu di Instagram miliknya.

Assalamualaikum, saya baru sahaja menamatkan zaman bujang saya bersama pasangan saya Nurul Atiqah.

“Majlis persendirian ini di hadiri wakil keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan, selaras dengan peraturan yg ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha mencegah covid19.

Alhamdulillah semuanya sudah selesai. In sya Allah majlis sanding akan di lakukan sesudah selesainya kemelut covid19.

“Terima kasih yg mendoakan, dan semoga anda semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Amin,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen,rata-rata turut menitip ucapan buat pasangan pengantin baru itu.

Foto:Instagram Luqman Hafidz

IKLAN