Selain daripada berita gembira daripada penyanyi rock popular tanah air, Amy Search yang berkongsi isterinya kini sedang hamil sebulan, pelakon popular, Lana Nodin juga turut berkongsi berita gembira bahawa dia kini sedang hamil anak kedua.

Menurut sumber BH Online, Lana telah berkongsi usia kandungannya yang kini sudah mencecah tiga bulan.

Pelakon ini berkata, dia sudah mengetahui dirinya hamil sejak di bulan pertama kandungan lagi namun begitu dia masih belum bersedia untuk berkongsi berita gembira ini kepada semua ketika itu.

IKLAN

“Saya masih dalam fasa awal trimester… Bimbang kalau jadi apa-apa,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Lana juga berkata dia berharap kali ini dia dikurniakan bayi lelaki.

IKLAN

“Saya harap kali ini dapat anak lelaki… Barulah jadi sepasang. Mana tahu dapat anak berwajah macam suami pula.

 

“Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan melahirkan anak kedua ini pada Disember depan,” katanya.

Tahniah MH ucapkan buat Lana yang bakal menimang cahaya mata keduanya tidak lama lagi. Semoga Lana dan bayi dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam proses kehamilan sehingga saat melahirkan nanti.

IKLAN

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI