Semalam kecoh di media sosial apabila terdapat satu posting daripada pelakon terkenal, Fasha Sandha yang menulis kapsyen menyatakan momen gembira dapat bersama make up artis terkenal, Tiar Zainal dan ibu hamil yang cantik.

Dalam gambar yang dikongsikan oleh Fasha terlihat gambar Make up artis terkenal bersama pelakon serta isteri kepada pelawak popular, Jep Sepahtu iaitu Sari Yanti.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Fun moments with the famous and talented @tiarzainal and gorgeous preggy mom~ talented actress @sariyanti,” tulis Fasha.

Rentetan daripada posting Fasha ini ramai yang mula menghujani ruang komen mengucapkan tahniah kepada Sari Yanti.

pekasam.my: Tahniah abg @jepsepahtu Dan akak @sariyanti ? moga selamat semuaaa ????

IKLAN

qasehedlina: tahniah @sariyanti @jepsepahtu ..moga dpermudah segala urusan

nuruldiyana68: Preggy da kak @sariyanti .. congrates. Maintain cantik both u. Love u..

IKLAN

Bukan itu sahaja, malah semalam buat pertama kali Sari memuat naik gambar kapsyen dia sedang menghadiri satu sesi check up dan terserempak dengan pelawak Johan bersama isterinya Ozlyn.

IKLAN

Menerusi sumber Astro Gempak, Jep mengakui memang benar isterinya kini sedang berbadan dua dan dia turut memohon doa yang baik-baik daripada semua.

“Benar, isteri saya sedang hamil. Doakan yang baik-baik ya, semoga urusan kami dipermudahkan.

 

“Kepada yang mendoakan, terima kasih banyak-banyak…Hanya Allah S.W.T yang membalasnya,” katanya.

Wah tahniah MH ucapkan kepada Jep dan Sari Yanti yang bakal menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka tidak lama lagi.

Semoga segala urusan semasa hamil sehingga saat melahirkan dipermudahkan dan ibu juga bayi dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik.

Sumber: Instagram Fasha Sandha, Sari Yanti & Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI