Teka-teki terjawab apabila pengacara terdahulu, Awal Ashaari dan AG tidak lagi mengendalikan program hiburan popular, Melodi apabila pihak TV3 menerusi siaran akhbar diedarkan kepada pihak media mengumumkan musim baru rancangan berkenaan akan diterajui aktres, popular Janna Nick dan pelawak yang juga penyampai Hot FM, Ajak.
Tahun ini, Melodi akan bersiaran selama satu jam setengah pada setiap hari Ahad dari pukul 12.00 hingga 1.30 tengahari dan bakal tampil tiga segmen baru untuk mengekalkan identiti sebagai sebuah program yang ‘fresh’ dan hip.
Tiga segmen tersebut ialah ‘Cerita Sini, Habis Sini’, ‘Kecoh Netizen’ dan ‘Melodi Prihatin’, di samping tetap menyampaikan berita-berita sensasi dunia hiburan.
Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Zurina Othman, bagi memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan trend terkini, mereka yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda.
“Manakala Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil sepertinya.
“ Kami juga berharap agar program infotainment popular TV3 ini akan menceriakan lagi hari Ahad para penonton dengan membekalkan isu-isu sensasi yang meliputi artis-artis dalam dan luar negara,” ujarnya.
https://www.youtube.com/watch?v=WtaSrwwbpc4
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI