Tahniah MH ucapkan buat pelakon kacak, Dazrin Kamarudin yang kini sudah bergelar bapa setelah isterinya selamat melahirkan cahaya mata mereka yang pertama pagi tadi pada jam 5.45 pagi.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Dazrin menerusi akaun Instagramnya dan isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama, Dasuki Dazrin di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

IKLAN

Wah sedap nama anak Dazrin kan! Rata-rata peminat mula memenuhkan ruang komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata doa buat bayi yang baru dilahirkan.

saraomar2018: Tahniah dapat anak lelaki! Dan tahniah untuk menjadi seorang bapak 🙂

 

kay_salam: Tahniah! Alhamdulillah da jd mummy n daddy… Smoga semuanya baik2 atas kurniaan rahmat dariNYA…Aamiin

 

rimaputridonut: Alhamdulillah,tahniah anda berdua dh bergelar papa n mama?

Tak sabar rasanya MH nak tengok wajah baby Dasuki, mesti comel macam ayah dan ibunya.

IKLAN

Apapun, sekali lagi MH ucapkan tahniah dan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka.

IKLAN

Semoga, Dasuki membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Dazrin Kamarudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI