Pelakon dan pengacara, Hafizul Kamal kini sudah bergelar bapa selepas isterinya selamat bersalin cahaya mata sulung mereka.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Hafizul menerusi akaun Instagram miliknya malam semalam.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Hafizul, dia sangat bersyukur atas kelahiran zuriatnya ini dan isteri juga bayi, kedua-duanya selamat dan berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah…keduanya selamat dan sihat.. lama daddy tunggu.. setiap kali scan mesti sorok muka.. shedaaap nye bau ???… terima kasih kepada semua yg mendoakan yg baik2 untuk kesayangan sy..,” tulis Hafizul di ruang kapsyen perkongsiannya.

A post shared by Pijot (@hafizulkamal) on

IKLAN

Rata-rata pengikut juga peminat Hafizul telah menghujani ruang komen perkongsian berita gembira itu dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat bayi yang baru dilahirkan.

zyraa.azyra: Congratss …Alhamdulillah ..Abang pijot…n mieja…. nk tgok muka pijot junior pliss…. ??

khasiatcendawanmekah: Tahniah bro @hafizulkamal .Jd ayah penyayang ??

IKLAN

omarabdullah8923: Alhamdulillah.. tahniah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan hati mak ayah

zurifahhjzakariah: Syukur dh slmt melahirkan baby, isteri hafizul kamal semoga ank yg kurniakan oleh ilahi menjadi ank yg soleh dan solehah iye

IKLAN

bettyzurinajamli: Alhamdulillah… tahniah @hafizulkamal dan wife… selamat berpantang ibu dan anak

Kami di MH Online juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Hafizul dan isteri yang sudah bergelar ibu dan bapa.

Semoga bayi kepada pasangan ini membesar dengan sihat dan menjadi penambah rencah kebahagiaan dalam keluarga kecil mereka.

Sumber: Instagram Hafizul Kamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI