Tahniah! Fazura Sah Hamil 4 Bulan

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan isteri, Fazura yang bakal menerima kehadiran ahli baru dalam keluarganya, tidak lama lagi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram yang telah dikemas kini, bintang Pisau Cukur itu telah berkongsi berita gembira apabila dirinya kini hamil empat bulan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga kira-kira dua tahun lalu dan berita gembira itu dikongsi Fazura menerusi kapsyen yang dibuat secara dwi-bahasa.

“Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan.

“InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah.

“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” tulis Fazura.

Bintang popular ini pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan buatnya sekeluarga.

“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.

“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. @fattzuralovelife,” akhirinya.

Fazura dan Fattah dijangka akan menyambutkelahiran bayi mereka pada akhir tahun ini.

Foto: Instagram Fazura

IKLAN