Tahniah! Elfira Loy Selamat Bersalin

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Elfira Loy yang telah pun selamat melahirkan bayi sulung hari ini.

Perkongsian tersebut dikongsikan bintang Kum Kum The Series ini menerusi entri terkini di Instagram.

Elfira atau lebih sinonim dipanggil El bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci mengenai kelahiran berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah, 1 Oktober 2019,” tulisnya di ruangan kapsyen yang turut dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat serta rakan selebriti.

Foto: Instagram Elfira Loy

IKLAN