Semalam MH Online ada berkongsi berita tentang perkongsian suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red di akaun Facebook miliknya yang telah mempersoalkan etika sebuah klinik yang telah mendedahkan maklumat pesakit kepada orang ramai.

Dalam perkongsian tersebut, terdapat satu gambar yang di screenshot daripada seorang pengguna laman Facebook yang menulis statusnya,

“Bini dato playboy dtg klinik check upt. keputusan positive preggy. tp. x happy.sbb laki dia tgh scandle dgn som1 plak. kesiannya,” tulis status pengguna laman sosial tersebut.

Di ruangan komen pula terdapat satu komen yang mengatakan bahawa isteri pertama Datuk Red sedang hamil.

TAHNIAH Datin Red Sah Hamil, Jururawat Mohon Maaf

Untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak berita yang tular ini, MH Online telah mendapatkan Datuk Red untuk bertanya sejauh mana kebenaran berita yang tersebar ini.

IKLAN

Datuk Red telah mengesahkan bahawa memang benar yang isteri pertamanya kini sedang hamil.

Menurut Datuk Red, dia berasa amat marah dengan tindakan seorang jururawat di klinik tersebut kerana telah mendedahkan kehamilan isterinya kepada orang ramai.

IKLAN

Katanya, isteri pertamanya itu mahu membuat kejutan kepadanya namun telah dibocorkan kejutan itu oleh orang lain.

“Tu yang saya marah, dia nak surprise kan saya. Last2 dah kantoi,” ujarnya.

Sempat juga MH Online bertanya kepada Datuk Red adakah dia akan mengambil tindakan kepada klinik atau jururawat yang terbabit kerana telah mendedahkan maklumat kehamilan isterinya itu?

IKLAN

Datuk red berkata, dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap klinik mahupun jururawat yang terbabit kerana menurutnya, jururawat tersebut sudah menghubungi pembantu peribadinya untuk memohon maaf.

“Tak, nurse tu dah call PA saya mintak maaf bagai. Saya saja je buat macam tu nak bagi dia rasa menyesal sikit,” ujarnya lagi yang sengaja membuat posting tersebut bagi menyedarkan pihak klinik dan jururawat tersebut bahawa tindakan mendedahkan maklumat pesakit itu adalah salah.

Diusik dengan pertanyaan lain iaitu pendapatnya mengenai dilabel sebagai lelaki gatal, miang namun dia sentiasa terbuka menerima kata-kata kecaman tersebut.

Adakah dia rasa ada yang menyokong dirinya?

Lalu dia menjawab ada dan kebanyakan yang menyokongnya adalah kaum lelaki.

“Ada tapi kebanyakannya lelali la, kalau gegurl semua kecam huhu, saya kan tukang promo poligami,” ujarnya berseloroh.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI