Tahniah, Yunalis binti Dato’ Mat Zara,30, dan Adam Yousof bin Mohamad Sinclair, 32, yang berlangsung hari ini.

Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja.

Sebentar tadi, menerusi sebuah kenyataan media, Yuna mengesahkan perkara tersebut.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.

 

“Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair.

 

“Ini merupakan moment yang sangat manis bagi saya, kerana ini langkah pertama kami untuk hidup bersama dan saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang yang sangat penyayang dan baik hati seperti Adam.

 

“Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya,  dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum dan ketawa, saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, Insya-ALLAH. 

Majlis pertunangan Yuna dan jejaka kelahiran Riyard, Saudi Arabia itu berlangsung di tempat kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam.

IKLAN

Yuna mula mengenali Adam Sinclair, seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013.  Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa.

Pada  akhir tahun 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin.

IKLAN

Yuna sudah pun membawa Adam berjumpa dengan kedua ibu bapanya, dan dia juga sudah mengenali keluarga Adam. 

Rancangan untuk bertunang bermula selepas upacara merisik pada 27 Mac 2017.

IKLAN

Tahniah Yuna dan Adam!

(TAHNIAH) Cantiknya Yuna Di Hari Pertunangan

(TAHNIAH) Cantiknya Yuna Di Hari Pertunangan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI