Barisan 12 lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) telah pun diketahui malam tadi dan rata-rata peminat memberikan reaksi dan pandangan masing-masing.

Malah, ada juga yang memberi reaksi terhadap persembahan para penyanyi yang membuat persembahan dalam siangan ketiga Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35).

Antaranya yang mendapat perhatian peminat ialah persembahan daripada Aina Abdul menerusi lagu Semalam.

Tampil berseorangan di atas pentas ketika mengalunkan lagu ciptaannya sendiri itu, penampilan Aina nyata mencuri pandang dengan alunan vokal yang baik.

Malah menerusi video persembahnnya yang dimuat naik di saluran YouTube TV9 Malaysia Offcial, rata-ratanya memuji nyanyian Aina dan menyambut baik pemilihan lagu berkenaan untuk sama-sama bersaing di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

“Tahniah!”, – Bawa Lagu Semalam, Peminat Beri Reaksi Persembahan ‘Live’ Aina Abdul Di Semi Final Muzik-Muzik “Tahniah!”, – Bawa Lagu Semalam, Peminat Beri Reaksi Persembahan ‘Live’ Aina Abdul Di Semi Final Muzik-Muzik “Tahniah!”, – Bawa Lagu Semalam, Peminat Beri Reaksi Persembahan ‘Live’ Aina Abdul Di Semi Final Muzik-Muzik

IKLAN

Selain Semalam, ini 11 buah lagu lagi yang turut layak ke AJL35 yang bakal berlangsung pada 7 Februari depan;

Belenggu Rindu – Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita

7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta

Hati – Hael Husaini

IKLAN

Peluang Kedua – Hael Husaini

Hutang – Floor 88

Kau Sakiti – Amir Masdi

IKLAN

Gundah – Ernie Zakri

Gila – Kaka Azraff, Noki & Tuju

Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter

Eh – Zizi Kirana

Aku Bidadari Syurgamu – Aishah

Kesemua lagu yang layak diadili juri-juri profesional yang dibarisi Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI