Juri tetap program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2), Zul Ariffin ada memberikan komen sejurus kumpulan ABC selepas membuat persembahan dalam minggu kedua saingan.

Katanya, adalah penting bagi sesebuah kumpulan untuk bekerja di dalam satu pasukan dan seterusnya mengharapkan agar Chiwan dan Achok cuba sama-sama saingi persembahan Cik B.

“Sebelum saya bagi bintang, saya nak sampaikan benda yang penting dulu. Bila berada di dalam sesebuah kumpulan, kerjasama sepasukan itu penting sebab kita tidak boleh bagi kita punya mana-mana ahli kumpulan tertinggal.

“Jadi, sekarang ini daripada minggu lepas, Cik B saya tahu tidak boleh dijangka, sangat-sangat kelakar, Cik B perform bagus. Akan tetapi awak berdua kena catch-up,” komen Zul.

Malah bintang Sangkar ini turut menyifatkan andai ia kekal sedemikian, hal tersebut mungkin boleh memberikan masalah kepada kumpulan ABC pada masa depan.

“Akan Jadi Masalah Untuk Cik B Sebab Awak Akan ‘Perah’ Cik B…,” – Komen Zul Ariffin Sejurus ABC Buat Lawak, Tetap Bagi 5 Star!

IKLAN

“Sebab terlalu bagi banyak pada Cik B nanti yang lagi dua tercicir. Akan jadi masalah untuk Cik B sebab awak akan ‘perah’ Cik B sampai ke minggu-minggu yang akan datang, akan jadi masalah kepada grup ini.

“So kalau ‘perah-perah’, tidak akan ada apa yang boleh ‘perah’ lagi dah. Jangan jadikan ia sebagai modal semata-mata, bekerjasama,” katanya.

Zul bagaimanapun tidak menafikan lawak ABC merupakan satu persembahan menghiburkan lalu menghadiahkan 5 Star kepada kumpulan berkenaan.

IKLAN

Terdahulu, persembahan lawak yang ditampilkan trio ini nyata mencuri perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi apabila Cik B melakonkan watak ibu sendiri, Datuk Seri Vida yang diundang ke sebuah majlis bagi merasmikan sebuah pusat kecantikan.

ABC menerima markah tertinggi iaitu 54.50 peratus dan turut dipilih sebagai penerima Superstar of The Week manakala Jago tersingkir malam tadi.

IKLAN

“Akan Jadi Masalah Untuk Cik B Sebab Awak Akan ‘Perah’ Cik B…,” – Komen Zul Ariffin Sejurus ABC Buat Lawak, Tetap Bagi 5 Star!

Jago yang dianggotai oleh Fiza Thomas, Chot XOXO dan Yus School of Lawak dalam ucapan mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak produksi kerana diberi peluang untuk mencuba program berkenaan.

Selain Jago, kumpulan Zuzuzu Gojes juga turut berada dikedudukan terendah.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI