Penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isteri, Tyqa Wahab telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada tanggal 26 Oktober.
Menurut Fareez, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi tersebut telah pun dipermudahkan dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah pada 26/10/2021. Wife saya telah selamat melahirkan putera sulung kami Farrel.
“Thank you to my family banyak membantu, kawan-kawan dan semua yang mendoakan baik-baik untuk family saya,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh anak kepada pelakon, Fauzi Nawawi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Malah, penyanyi lagu, Sedar ini turut memaklumkan dia dan isteri telah pun bersetuju untuk menamakan anak mereka itu Farrel.
Dikesempatan itu juga, Fareez turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun menitipkan doa buat isteri dan anaknya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga Farrel membesar menjadi anak yang soleh.
Ads
“Semoga menjadi anak yang baik.
“Tahniah, bapak-bapak dah sekarang
“Comelnya baby. Semoga membesar dengan sihat ye dan menjadi anak soleh.
Ads
“Alhamdulillah, tahniah Fareez dan isteri. Semoga menjadi anak yang soleh. Selamat berpantang buat isteri.
“Welcome to the world Farrel sayang. Semoga awak sihat dan membesar dengan cerdas. Semoga wife Fareez sihat dan dilindungi daripada penyakit berbahaya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Fareez dan Tyqa telah pun mendirikan rumah tangga mereka oada tanggal 20 Desember tahun lalu.
Sekadar informasi, nama Fareez mula dikenali sewaktu dia menjuarai program nyanyian Mentor Milenia pada tahun 2016.
Sumber: Instagram Fareez Fauzi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, Issey Fazlisham memaklumkan dirinya telah disahkan positif jangkitan Covid-19, pada 6 November lalu.
Issey berkongsi khabar itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun media sosial Instagram milikya, pada Selasa.
Setelah 10 hari menjalani tempoh kuarantin, Issey berkata dirinya kini sudah bebas daripada jangkitan wabak tersebut.
Menurut Issey, diriya tidak mengalami sebarang gelaja atau simptom sebelum mahupun selepas disahkan positif virus berkenaan.
“Ini cerita 10 hari yang lepas, tarikhnya cantik 6 hari bulan sebelas aku merupakan salah seorang yang diuji dan tidak terlepas.
“Aku Fazlisham bin Mat Hussin positif Covid-19, minggu itu minggu yang penuh dengan tanda tanya virus yang aku sendiri tidak tahu datang dari manaz
“Dengan tak demam, tak bergejala, tak selsema tapi kalau dah takdirnya nak kena ia tetap akan kena.
“Tengah sibuk cari rezeki, terduduk juga bila aku tahu aku ni positif, tak boleh nak salahkan siapa-siapa kerana hal ini sangat sensitif,” katanya.
Dalam pada itu, Issey meluahkan rasa syukur apabila isteri dan anaknya terselamat daripada menjadi mangsa wabak penyakit merbahaya itu.
Selain itu, Issey berharap kepada orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 agar dapat melindungi keselamatan dan kesihatan orang sekeliling.
“Tapi syukur alhamdulillah, anak bini sekeliling aku semua negatif. Mujur juga aku lengkap dua dos vaksin boleh lawan Covid supaya tak jangkitkan orang sekeliling.
“Jadi kepada sesiapa yang belum cucuk vaksin, tolonglah cucuk sebab banyak kebaikan dari keburukan supaya kita boleh hidup harmoni.
“Allah masih bagi peluang, dugaan untuk aku lawan dan berjuang walaupun hari ini aku dah selamat potong gelang tapi banyak pengajaran untuk kita semua pada masa akan datang,” katanya lagi.
Pelakon, Amerul Affendi meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap pengurus sebuah produksi tempatan yang mempersenda dirinya gara-gara banyak membuat perubahan di dalam kontrak.
Malah difahamkan namanya juga didakwa digugurkan daripada projek produksi berkenaan tanpa sebarang pemberitahuan.
Menurut Amerul, sikap yang ditunjukkan oleh pengurus produksi tersebut secara tidak langsung telah menggambarkan tahap profesionalisme para penggiat industri seni tanah air ketika ini.
Bila kau di tertawakan oleh pengurus produksi kerana banyak sangat term yang nak di ubah dalam kontrak..
Dan kemudian tahu2 dah di tukar dengan pelakon lain tanpa ada sekor pun bagitau..
“Bila kau ditertawakan oleh pengurus produksi kerana banyak sangat term yang nak di ubah dalam kontrak. Dan kemudian tahu-tahu dah ditukar dengan pelakon lain tanpa ada sekor pun bagitau.
“Tengoklah tahap professionalnya industri ni. Nasib baik dah jadikan lakonan ni hobi sahaja,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, One Two Jaga ini menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.
Katanya lagi, ini adalah bukan kali pertama dia berurusan dengan pengurus produksi berkenaan malah, sebelum ini juga dia pernah berhadapan dengan situasi yang serupa.
Tambah Amerul, dia sebenarnya hanya mahu berunding bagi mendapatkan persetujuan kedua-dua belah pihak berkaitan haknya sebagai seorang pelakon.
Demand kah kalau menuntut hak yang sepatutnya.. demand kah kalau masih buka untuk berunding bagi mendapat persetujuan yang baik kedua-dua belah pihak..
Ingatkan bila dah terduduk dek kerana pandemik dulu akan berubah lah pemikiran dan perangai bila sudah boleh bekerja kembali..
“Dan ini kali ketiga berurusan dengan pengurus produksi ni. Ingat lagi bagaimana dia menganjing waktu di lokasi kata “wah bukan main ko ye sekarang demand betul” sambil kawan-kawan dia ketawa terkekek-kekek.
“Lepas pada projek tu tahu-tahu nama dah dijaja ke merata tempat kata demand melampau. Demand kah kalau menuntut hak yang sepatutnya. Demand kah kalau masih buka untuk berunding bagi mendapat persetujuan yang baik kedua-dua belah pihak,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Amerul turut merasakan para pemain industri yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19 seperti tidak membuka minda mereka dan belajar daripada kesilapan lalu.
Rupanya masih sama.. berbuih mulut penggiat-penggiat industri bermuzakarah itu ini di serata platform media sosial untuk menjadikan industri ini kembali sihat selepas pandemik..
Tapi kenyataannya masih sama dengan modus operandi yang sama..
“Ingatkan bila dah terduduk dek kerana pandemik dulu akan berubah lah pemikiran dan perangai bila sudah boleh bekerja kembali.
“Rupanya masih sama. Berbuih mulut penggiat-penggiat industri bermuzakarah itu ini di serata platform media sosial untuk menjadikan industri ini kembali sihat selepas pandemik.
“Tapi kenyataannya masih sama dengan modus operandi yang sama. Sampai bila mahu begini?,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memberikan kata-kata semangat buat Amerul.
“Dugaan menjadi pelakon yang berkualiti di Malaysia ni. Kat Malaysia ni nak maju kena ada berjuta followers baru boleh naik.
“Semoga boss diberi peluang untuk tadbir urus produksi sendiri dan mengubah standard mentaliti ‘orang kita’.
“Kontrak berat sebelah dan hanya memihakkan produksi. Jikalau tidak bersetuju dan tidak mahu berbincang baik terus terang sahaja dari awal. Hampeh,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Amerul kini dilihat sibuk mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Prebet Sapu.
Prebet Sapu merupakan filem pertama Amerul sebagai watak utama.
Filem ini dijadualkan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 16 Disember ini.
Sumber: Twitter Amerul Affendi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lindsay Lohan antara selebriti Hollywood yang berbakat besar dalam bidang lakonan dan juga nyanyian. Sejak kecil lagi dia sudah berkecimpung di dalam dunia hiburan menjadikan dia antara penghibur yang dinanti-nantikan kemunculannya.
Khabar terbaharu tentang wanita berusia 35 tahun ini, dia baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Bader Shammas. Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, dia berkata, “Cintaku, hidupku, keluargaku dan masa depanku.”
Bersama hantaran itu disertakan rangkaian gambar yang menunjukkan dia sudahpun memakai sebentuk cincin berlian di jari. Riak wajahnya yang gembira jelas memancarkan kebahagiaan yang dirasai. Menjadikan berita ini lebih sahih, tunangnya dilihat mengulang kicau hantaran berita tentang pertunangan mereka
Lindsay yang kini telah menetap di Dubai lebih tujuh tahun, sebelum ini pernah bertunang dengan jutawan Rusia Egor Tarabasov namun hubungan itu kandas pada tahun 2016.
Cinta hati baharunya, Bader merupakan seorang penolong naib presiden Credit Suisse yang berpangkalan di Dubai.
Walaupun Lindsay kini dilihat memperlahankan kerjaya lakonannya, terbaharu dia dikhabarkan akan muncul dalam filem sempena krismas yang akan disiarkan di saluran Netflix. Di dalam filem tersebut dia akan bergandingan dengan bintang Glee, Chord Overstreet.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.