Ads

“Tahniah Atas Lembaran Baharu Dalam Hidup Awak,” – Bella Astillah & Syed Saddiq Bertunang, Sarah Yasmine Tumpang Gembira

Pempengaruh asal Singapura, Sarah Yasmine, menzahirkan rasa gembira atas pertunangan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Sarah meluahkan keterujaannya apabila Bella akhirnya menemui kebahagiaan selepas melalui pelbagai ujian hidup, termasuk pengalaman perkahwinan terdahulu.

“Tahniah Atas Lembaran Baharu Dalam Hidup Awak,” – Bella Astillah & Syed Saddiq Bertunang, Sarah Yasmine Tumpang Gembira

“Tahniah di atas lembaran baharu dalam hidup awak, Bella Astillah. Daripada saya untuk awak, sentiasalah ingat bahawa Allah itu maha adil.

“Setiap perbuatan, sama ada baik atau buruk, tidak pernah terlepas daripada pengetahuan-Nya.

“Kifarah tetap akan mencari jalannya dan saya percaya awak faham apa yang dimaksudkan dengan itu #ytjt,” tulisnya.

Dalam masa sama, Sarah menyifatkan Bella layak dipertemukan dengan pasangan hidup yang baik serta menghargai dirinya.

Ads

“Tahniah Atas Lembaran Baharu Dalam Hidup Awak,” – Bella Astillah & Syed Saddiq Bertunang, Sarah Yasmine Tumpang Gembira “Tahniah Atas Lembaran Baharu Dalam Hidup Awak,” – Bella Astillah & Syed Saddiq Bertunang, Sarah Yasmine Tumpang Gembira

“Sebagai seorang wanita kepada wanita yang lain, saya benar-benar tumpang gembira melihat awak akhirnya bertemu seseorang yang benar-benar menghargai dan menyayangi awak.

“Bukan sekadar sebagai seorang wanita, tetapi juga sebagai seorang ibu. Cinta yang mampu menerima dan menghormati anak-anak awak adalah cinta yang sangat berharga, dan itulah yang selayaknya dimiliki oleh setiap ibu,” kongsinya lagi.

Titip Doa

Selain itu, Sarah turut mendoakan agar segala urusan Bella dipermudahkan, khususnya dalam menempuh fasa baharu kehidupan.

Ads

“Tahniah Atas Lembaran Baharu Dalam Hidup Awak,” – Bella Astillah & Syed Saddiq Bertunang, Sarah Yasmine Tumpang Gembira

“Semoga perjalanan baharu ini dipenuhi dengan ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan,” ujarnya.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq telah selamat melangsungkan majlis pertunangan pada 28 Mac lalu.

Ads

Sebelum ini, nama Sarah pernah menjadi perhatian umum selepas dia membuat beberapa pendedahan berkaitan hubungannya dengan bekas suami Bella, iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, yang ketika itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

“Tahniah Atas Lembaran Baharu Dalam Hidup Awak,” – Bella Astillah & Syed Saddiq Bertunang, Sarah Yasmine Tumpang Gembira

Perfume Pilihan Untuk Aura Lebih Menarik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kami Akan All Out,” – 25 Tahun Dalam Satu Malam! Konsert...

Dalam dunia muzik, tidak semua perjalanan mampu bertahan lama. Namun, kisah kumpulan Kristal membuktikan sebaliknya apabila perjalanan yang bermula 25 tahun lalu terus utuh,...
error: Hello. Cannot.