Penyanyi, Ainan Tasneem yang popular dengan lagu ‘Aku Suka Dia’ telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi semalam kira-kira jam 7.12 pagi.

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri olehnya menerusi akaun Instagramnya.

Menurut perkongsiannya, Ainan telah melahirkan anak perempuannya secara normal dengan berat 2.91 kilogram.

IKLAN

“Bismillahirrahmanirrahim.



Alhamdulillah..

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Syukur pada Allah di atas nikmat kelahiran yg diberikan ini, Alhamdulillah Ainan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi hari jumaat yang mulia bertarikh 2/3/18.

Ainan bersalin secara normal dan bayi selamat keluar dari rahim ini tepat pada pukul 7.12 pagi tadi dalam keadaan yang sihat dengan berat 2.91 kg ?



Terima kasih diatas berkat doa kalian semua, proses kelahiran ini berjalan dengan begitu mudah sekali.



Semoga anak ini akan menjadi anak yang solehah dan penyejuk mata kedua Ummi dan Abuyanya, Aamiin Allahumma Aamiin..

Terima kasih semua ?,” tulis Ainan di ruang kapsyen perkongsiannya.

Rata-rata peminat dan pengikutnya telah memberikan doa yang baik-baik buat bayi yang baru dilahirkan.

nur_hidayah_96: Alhamdulillah syukur tahniah moga jadi anak yang baik amin

IKLAN

wafa_zairisya: Tahniah kak ainan… Semoga kak ngn baby sihat selalu… Selamat berpantang..

syahirabhisham: Tahniah @ainantasneem92 . Semoga Umi dgn baby sihat belaka

IKLAN

MH juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ainan dan juga suami di atas kelahiran ahli baru dalam keluarga.

Semoga Ainan dan bayinya diberikan kesihatan yang baik dan cahaya matanya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Ainan Tasneem

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI