“Anugerah kedua tahun ini berkaitan dengan bisnes, Alhamdulillah.” Itu kata pelawak terkenal, Shuib Sepahtu apabila dianugerahkan Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry menerusi perniagaan madu, Bee Factory yang diusahakan kira-kira tujuh tahun lalu.
Majlis penyampaian anugerah berkenaan telah pun disampai pada majlis Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya, pada Jumaat.
“Perasaan itu rasa lain dari lain, kerana dalam perniagaan ia lebih kepada satu usaha yang kita bina, lakukan sendiri bukan berdasarkan kepada undian atau sebagainya. Bila dapat pengiktirafan itu rasa ‘best’.
“Pada saya juga, apa yang diraih ini adalah satu permulaan yang baik untuk lebihkan usaha memandangkan sebelum ini ada juga percubaan saya untuk berbisnes tidak berapa menjadi.
“Bila ia berlaku pastinya kita akan rasa hampir putus asa,” katanya yang tidak menafikan sokongan dari isteri menjadi salah satu resipi kejayaannya selama ini.
Selain Shuib, beberapa selebriti lain seperti Datuk Ramli MS, Datuk Yusof Haslam, Datuk Hans Isaac, Datuk Alha Alfa, Erra Fazira dan Zara Zya turut menerima anugerah masing-masing menerusi kategori berbeza.
Pada masa sama, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini juga turut mengamalkan bacaan surah al-Waqiah serta memperbanyakkan amalan bersedekah dalam kehidupan sehari-hari.
Jelasnya kepada MH, rutin tersebut telah dipraktikkan tahun ini, khusus untuk sama-sama berkongsi rezeki kurniaan Allah SWT.
“Ia salah-satunya, baru tahun ini kami praktikkan. Awal pagi dan malam mendengar surah tersebut. Sebab saya percaya, kita bukanlah orang yang hebat, akan tetapi Allah hantarkan orang lain yang lebih hebat itu kepada kita.
“Sebelum ini, kita ingat sudah boleh buat semua benda, tapi ada suatu masa kita rasa putus asa… tak boleh pergi. Cuma bila Allah hantar orang-orang yang hebat pada kita, ia naikkan semangat,” katanya.
Ditanya apakah pesanan buat individu yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menyifatkan pengalaman adalah ‘kata kunci’ yang paling tak ternilai.
“Jangan putus asa sebab bagi saya dalam berbisnes kita akan harungi pelbagai perkara, jatuh dan bangun.
“Apa yang dilalui itu adalah pengalaman dan itulah yang paling mahal sebenarnya,” ujar Shuib.
Dalam perkembangan lain, bintang berusia 35 tahun ini juga bakal kembali dalam Sepahtu Reunion musim terbaru yang bakal bersiaran awal tahun depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru pelakon Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta telah menyambut hari ulang tahun kelahiran anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang ke-5 baru-baru ini.
Apa yang menarik, majlis sambutan hari jadi tersebut bertemakan kumpulan Kpop ‘Blackpink’ kelihatan dan sangat meriah.
Status kebahagiaan suami isteri didasari dengan pelbagai faktor dan antaranya ialah pada air tangan si isteri.
Itu pandangan yang diberikan pengarah dan pelakon, Sheila Rusly.
Jelasnya kepada MH, majoriti pasangan muda kini ibaratnya seperti terlalu mengambil mudah soal ‘dapur berasap’ memandangkan mereka boleh mencari alternatif lain, makan di luar.
Namun apa yang menjadi persoalan ialah, sampai bila harus menjamu di luar? Jadi tegas Sheila, seseorang gadis itu harus belajar memasak sedari awal sebagai persediaan masa hadapan.
“Saya percaya air tangan seorang isteri dan ibu itu yang melengkapkan kebahagiaan rumah tangga atau institusi keluarga.
“Segala kasih sayang seperti dicurahkan menerusi masakan yang ikhlas, itulah antara kunci bahagia.
“Malah bagi saya, sudah tentu masakan mempengaruhi kebahagiaan rumah tangga. Sekarang saya melihat ramai pasangan yang tidak kisah namun sampai bila mahu makan di luar?
“Fasa awal hubungan mungkin semuanya okay. Namun apabila anak-anak sudah besar dan mula meminta masakan ibu, takkan kita baru hendak belajar waktu itu?” jawabnya lagi.
Terdahulu, bintang Leftenan Zana ini ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Tefal di Sogo KL, pada Khamis.
Menyifatkan seorang isteri juga harus bijak beraksi di dapur, namun si suami juga perlu ambil peranan bagi meringankan beban orang rumah.
“Lelaki tidak semestinya harus pandai memasak namun dia kena rajin meringankan beban isteri.
“Apa salahnya mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk selepas isteri memasak,” tuturnya.
Wanita yang lebih senang siapa Sis ini turut memberi panduan buat mereka yang baru mula belajar memasak.
“Pada saya senang sahaja, jika tidak tahu memasak, rajin-rajinlah masuk dapur dan cukup sekadar melihat ibu memasak.
“Saya sendiri belajar memasak dengan melihat arwah ibu dan nenek di dapur.
“Daripada situ timbulnya minat dan rasa ingin mencuba. Apabila ada yang merasa masakan kita, rasa dihargai dan membakar semangat untuk terus belajar,” jelasnya ringkas.
Dalam perkembangan lain, Sheila turut diundang ke majlis berkenaan bagi melakukan demonstrasi masakan menggunakan produk terbaru Tefal yang dilengkapi Inovasi Thermo-Signal.
Peralatan memasak ini boleh didapati dengan harga serendah RM79.00 sehingga RM279.00.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...