Tidak mampu menahan sebak tatkala bertemu buat kali pertama bersama insan istimewa, Datuk Rizalman menerusi laman Instagram berkongsi momen ditemukan dengan peminat cilik, Airen, 6 tahun.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut sedang mengidap sakit buah pinggang dan baru-baru ini disahkan mengalami brown tumor.
Malah menurut doktor, Airen akan ditempatkan di unit Penjagaan Palitif di mana ia merupakan sebuah unit yang khas untuk menjaga pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit kanser, selain yang menghidapi kegagalan organ dalam peringkat terakhir.
Rizalman berkongsi cerita di Insta Story miliknya.
Dalam perkembangan lain, pereka fesyen terkenal ini juga ditugaskan sebagai juri tetap bagi program hiburan, Dansa Dan Sing di samping guru tari, Linda Jasmine.
Dansa Dan Sing bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria dan Ria HD.
Foto : Instagram Datuk Rizalman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sering menggunakan kaedah psikologi dalam mendidik anak-anak, angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszapahar Shukor kali ini mengajar anaknya solat dan mengenali kalimah Allah.
Berkongsi video yang melihatkan gelagat anak kembar lelakinya, Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang sedang berusaha untuk solat, kedua kanak-kanak berusia dua tahun itu gembira melakukan aktiviti berkenaan.
“Teaching the Boys Solat
It’s never an easy task when there’s two of them – Haha
It’s okay – Double Pahala …
“Adam & Noah are slowly showing some interest on Solat imitating by watching us performing it.
“For the Muslims do try to introduce the word Allah to our kids from a very young age . The day when they asked what is Allah – which shows their ‘ Aqal dah boleh berfikir ‘ , then they are ready for the next level.
“Salam Jumaat Everyone. Love As Always …
PS – They end up doing somersault instead but that’s okay,” tulis Muszaphar.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan selepas dimuat naik suami kepada Datin Dr. Halina itu beberapa jam lalu.
Untuk rekod, pasangan itu telah berkahwin pada 10.10. 2010 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha (kembar perempuan) dan anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Bintang versatil, Erra Fazira ada memberikan reaksi sejurus diundang sebagai pengacara bersama Nabil Ahmad menerusi program hiburan, MeleTop.
Sambil menyatakan rasa senang atas jemputan selain ditemani rakan hos yang sedia hebat, Erra terdahulu menjelaskan kehadirannya ke set rancangan tersebut hanyalah sebagai hos jemputan sahaja.
“Semalam. Menjadi pengacara JEMPUTAN @meletop! Perghhhh sudah dijangka pasti ada pihak yg tembak krn mahukan artis favourite mereka yg beraksi.
”Sabaooooo adik adik.. ini JEMPUTAN sahaja. Minggu depan orang lain pulak k, chill chill dong,” jelas Erra yang turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat.
“Apapun, thank you @nabilzira yg mmg spontan dan selamba dek jer dia mengacara, kurang sikit nervous bila bergandingan dgn org hebat!! Keep it up bro!! U mmg win!!!
”Thank you team meletop sudi undang saya, set baru mmg mengancammm!! Tantekkkkk nampak wow!
”Ada rezeki insyaAllah panggil lagi k! Nak pakai baju pelik pelik tapi benar lagiiii,” katanya menerusi entri yang disertakan dengan beberapa kepingan aksi kandid.
Atas keunikan suara dan pesonanya, baru Razak A’ai sering dilabel sebagai antara bintang yang mempunyai aura suara seakan Louis Armstrong, malah ada yang berikan gelaran Cakra Khan Malaysia kepadanya.
Difahamkan, persamaan berkenaan diberikan sejumlah besar pengikutnya yang sebelum ini sering mengikuti persembahan penyanyi asal Kuching, Sarawak ini menerusi persembahan di jalanan.
Malah, Razak A’ai turut berkongsi beberapa video persembahannya di media sosial.
Lalu, suaranya yang disifatkan maskulin itu akhirnya dapat diperdengarkan menerusi single di bawah naungan syarikat rakaman Todak Music berjudul Aku Setia.
Diinspirasikan daripada tragedi menyayat hati yang pernah menggemparkan dunia, Razak A’ai bagaimanapun belum mahu berkongsi lanjut mengenai pembikinan muzik video untuk single sulungnya itu.
“Idea menghasilkan lagu ini pada mulanya tercipta sebagai luahan rasa terhadap ibu saya. Sebelum bersama Todak Music, saya pernah menaungi sebuah syarikat rakaman sebelum ini dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita sebagai menyanyi di usia yang sangat muda, iaitu 18 tahun.
“Pernah menghasilkan sebuah single, namun ianya kurang menjadi. Malah kehidupan sebagai anak seni sangat mencabar. Keadaan itu mendesak saya pulang ke kampung halaman dan ia disambut dengan penuh rasa gembira oleh ibu saya.
“Ibu sarankan saya supaya mencari pekerjaan lain di Kuching Sarawak dan tinggal bersamanya. Tidak beberapa lama, saya mendapat tawaran daripada Todak Music. Minat terhadap muzik menggesa saya untuk kembali ke Kuala Lumpur.
“Hendak dijadikan cerita keputusan saya untuk menyanyi mendapat tentangan daripada ibu pada awalnya. Tetapi saya berjanji saya akan membawa pulang kejayaan kali ini dan berharap ibu saya setia menunggu momen itu,” katanya apabila ditanya mengenai proses pembikinan lagu Aku Setia.
Menariknya juga, single terbabit juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya tuan badan.
Menyuntik kelainan, beberapa bait lagu ini turut meminjam suara adik Alyssa Dezek, iaitu bintang kecil berbakat besar yang cukup sinonim dengan persembahan ukulele.
Tidak mahu tertumpu kepada satu kisah semata, Razak A’ai juga mengajak ramai untuk mentafsir makna lagu ini yang boleh diguna pakai dalam konteks lebih meluas.
Sementara itu, muzik video lirik untuk lagu terbabit sudah pun dimuat naik menerusi YouTube kurang seminggu lalu. Hingga kini, ia sudah pun mendapat tontonan hampir 40,000 kali tontonan.
“Terima kasih kepada pihak Todak Music kerana menyakini bakat saya. Todak Music, bagi saya sebuah syarikat rakaman yang kini sedang memberi inisiatif dalam membawa revolusi baharu dalam industri muzik.
“Seiring dengan misi dan visi mereka, keberadaan saya disini bukan untuk mencipta nama sebagai penyanyi saja tetapi pencipta lagu serta lirik juga.
“Mungkin suatu hari nanti, saya diberi peluang berkolaborasi dengan penyanyi tempatan menghasilkan lagu buat mereka. Selain dapat bekerjasama dengan komposer terkenal tempatan, bertukar-tukar idea menghasilkan sebuah karya yang diterima ramai.
“Saya percaya gabungan idea dapat menghasilkan sebuah karya yang lebih menarik,” terangnya optimis.
Mengulas mengenai vokalnya yang sering disamakan dengan Cakra Khan dan Louis Armstrong pula, Razak A’ai optimis dalam menyantuni kesamaan itu sebagai satu kelebihan juga bonus untuknya.
Harapannya cuma satu, agar gaya nyanyiannya tidak dibayangi sesiapa kerana percaya dia turut mempunyai kelebihan dan identiti tersendiri
Foto: Terima Kasih Todak Music
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.