Mendapat pujian dari bintang senior, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Kak Ogy, penyanyi Khai Bahar akan menjayakan konsert sulungnya di Istana Budaya, Kuala Lumpur, Mac ini.

Konsert anjuran Ogy Ventures & Network Sdn Bhd itu dinamakan sebagai Konsert Khai Bahar: Dari Smule ke Pentas Dunia yang berkonsepkan ala-ala Brodaway.

“Pada mulanya saya terkejut apabila diberi peluang sebegini kerana semua orang mengenali Kak Ogy dengan namanya yang berbakat besar dan sangat dikenali. 

“Saya sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Kak Ogy dan itu juga merupakan setiap impian seorang penghibur dalam industri untuk bekerjasama dengan beliau,” katanya.

“Syukur Dapat Kerja Dengan Kak Ogy,” – Empat Tahun Dalam Industri, Khai Bahar Bakal Jayakan Konsert!

IKLAN

Khai berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ini, dia merasakan dirinya bertuah kerana dipilih Ogy untuk menggalas tanggungjawab ‘menawan’ pentas Istana Budaya yanag akan diadakan selama dua hari berturut-turut.

“Ini merupakan pengalaman baru buat saya dan menjadi penghargaan terbesar buat bakat muda seperti saya.

IKLAN

“Walaupun saya sedar usia karier masih baru (empat tahun dalam industri) dan ini adalah cabaran besar buat saya, saya sahut kerana peluang ini tidak selalu datang,”

“Sekali gus, ini merupakan satu perkara yang besar dalam karier saya,” kongsi Khai yang akan mempersembahkan 20 buah lagu pada konsert tersebut. 

IKLAN

“Syukur Dapat Kerja Dengan Kak Ogy,” – Empat Tahun Dalam Industri, Khai Bahar Bakal Jayakan Konsert!

Konsert Khai Bahar: Dari Smule ke Pentas Dunia akan berlangsung pada 27 dan 28 Mac di Istana Budaya.

Tiket berharga RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM466  dan RM556 mula dijual di www.airasiaredtix.com. Pembeli tiket berharga RM556 (Gold Seat) berpeluang untuk bertemu Khai selepas selesai konsert.

“Syukur Dapat Kerja Dengan Kak Ogy,” – Empat Tahun Dalam Industri, Khai Bahar Bakal Jayakan Konsert!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI