“Syukur Atas Nikmat Tak Ternilai Ini,” – Ikmal Amry Kini Bergelar Bapa, Foto Pangku Bayi Sulung Raih Perhatian

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Ikmal Amry yang kini sudah bergelar bapa apabila isterinya, Najla Shamsul selamat bersalin anak pertama mereka.

Berita gembira itu dimaklumkan pelakon Gantung The Series itu menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram.

“Assalamualaikum syg daddy! Alhamdulillah syukur atas nikmat tak ternilai ini. Terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Malah foto yang merakam Ikmal sedang memangku anak sulungnya itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Bagaimanapun, perincian mengenai kelahiran permata hati mereka tidak pula diperincikan Ikmal.

Terdahulu media melaporkan bekas finalis Hero Remaja 2017 itu meluahkan perasaan gembira dan terujanya apabila isteri dijangka bakal bersalin pada 25 Disember lalu.

Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun menerima lebih 20,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instgaram Ikmal Amry

IKLAN