Pengacara, Dayah Bakar mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama di akaun Instagram.
Berita gembira itu dipanjangkan bekas pengacara 3R ini menerusi satu status di Instagram miliknya baru-baru ini.
“Bismillahirrahmanirrahim. We’ve been keeping this for awhile, but I think it’s time to share this happy news with all of you.
“We’re expecting our little miracle soon, in sha Allah. Little DayaHanif is growing inside me,” tulisnya.
Ads
Dayah pada masa meminta ramai agar mendoakan kesihatan serta kekuatan buat diri dan bayi yang dikandung.
“Tiada lebih yang kami pinta dari kalian, selain dari mendoakan untuk kesihatan, kekuatan dan kemudahan saya dan little bb sehingga hari melahirkan nanti ya.
Ads
“Doakan juga saya, little bb dan Hanif akan bertemu semula tak lama lagi . Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi. Have faith, in sha Allah,” titipnya.
Pelawak Achey menerusi laman Instagram menyifatkan Zizan Razak seorang yang penyayang dan akan menyayangi dan menyenangkan orang sekeliling sebelum memikirkan diri sendiri.
Ulasnya, mungkin atas sebab itu, pelawak dari Terengganu itu lambat bertemu jodoh. Dalam pada itu, Achey turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat sahabatnya sambil berkongsi rakaman Zizan memberi makan seekor anak kucing.
“Zizan orangnya penyayang… di mata aku.. dia menyayangi apa yang di sekeliling dia dulu.. senangkan apa yang dia ada dulu.. baru fikir seterusnya.
“Mungkin sbb tu jodoh lambat skit kot… bagi senang sekeliling dia dulu.. HAPPY BIRTHDAY @zizanrazak869,” kongsi Achey.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
Video yang dikongsikan laman Instagram Istana Negara itu menyaksikan Seri Paduka Baginda menunjukkan isyarat bagus dalam menzahirkan rasa berpuas hati atas kerjasama yang diberikan rakyat Malaysia dalam mematuhi arahan pihak kerajaan.
“16 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan.
“Seri Paduka Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera,” kongsi Istana Negara.
Terdahulu, Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di sekitar Kuala Lumpur dengan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.
Fasa ketiga PKP bermula dari 15 hingga 28 April ini.
Foto : Instagram Istana Negara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Yatt Hamzah ada berkongsi mengenai kebaikan zikir Ya Baari bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Menurut Yatt atau nama sebenarnya Norhayati Hamzah kebaikan zikir Ya Baari sangat bermanfaat jika diamalkan kerana boleh menyembuhkan segala penyakit, dengan izinNya.
“ZIKIR HARI INI.FADHILAT ASMAUL HUSNA – AL BAARI’
بِسۡمِٱللهِٱلرَّحۡمَـٰنِٱلرَّحِيمِ
“Al Baari’ The Maker Yang Maha Pembuat / Yang Menerbitkan Makhluk / Maha Menjadikan – Ia menjadikan segala-galanya, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya. . .
“Fadhilat Al-Baari’. Sekiranya dibaca ‘Ya Baarii’ sebanyak 100 X selama 7 hari berturut-turut, ketika berada di dalam kesukaran atau sedang sakit; Insya’Allah akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut. .
“Jika perempuan mandul berpuasa 7 hari dan ketika berbuka membaca “Al-Baariul Mushawwiru” sebanyak 21 X. Insya’Allah dikurniakan anak lelaki. .
“Sesiapa yang berzikir ‘Ya Baari’ pada siang hari sebanyak 100 X, Insya’Allah ia akan selamat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia di dalam kubur. .
“Sesiapa yang membaca ‘Ya Baari’ sebanyak 100 X, selama 7 malam berturut-turut, Insya’Allah akan disembuhkan segala penyakit yang dihidapinya. . .
Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya bakal bergandingan sebagai pengacara Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang dijadual berlangsung pada 26 September depan.