Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
Video yang dikongsikan laman Instagram Istana Negara itu menyaksikan Seri Paduka Baginda menunjukkan isyarat bagus dalam menzahirkan rasa berpuas hati atas kerjasama yang diberikan rakyat Malaysia dalam mematuhi arahan pihak kerajaan.
“16 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
Ads
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan.
Ads
“Seri Paduka Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera,” kongsi Istana Negara.
Terdahulu, Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di sekitar Kuala Lumpur dengan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.
Fasa ketiga PKP bermula dari 15 hingga 28 April ini.
Foto : Instagram Istana Negara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan tempoh Parintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 ini sedikit sebanyak menjejaskan banyak pihak, termasuk usahawan.
Bagaimanapun, penyanyi rap, Altimet menjelaskan dia tetap akan membayar gaji staf tetapnya seperti biasa tanpa membuat sebarang pemotongan.
Settle bgtau permanent staff company aku gaji diorang April-June akan jalan mcm Biasa. La ni nak nego dgn tuan sewa tempat niaga pulak mcm mana, diskaun ke, moratorium ke, sewa naik ke..
“Settle bagitahu permanent staff company aku gaji diorang April-Jun akan jalan macam biasa.
Altimet yang kini sedang mengusahakan rangkaian restoran pizza miliknya memberi tahu bahawa dia akan berbincang bersama pemilik kedai tentang status sewa ruang niaganya itu.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Mambang itu di laman Twitter miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Altimet yang perihatin terhadap para pekerjanya selain turut mendoakan agar segala urusan bisnesnya dipermudahkan.
Sumber: Twitter Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap dua tahun kemalangan yang melibatkan ustazah Shadiya Abbas bersama suami dan dua anaknya, pengacara Fedtri Yahya mengimbau kembali perkongsian arwah yang memohon agar auratnya terpelihara ketika sedang dalam rawatan kecemasan.
Jelas Fedtri, arwah yang sedang lemah ketika itu tidak meminta apa-apa kecuali supaya auratnya terpelihara walau dalam darurat dan Allah perkenankan doanya apabila seorang jururawat datang dan menutup kepala dan lehernya dengan sehelai tuala.
“Imbasan peristiwa: Ketika kemalangan yang menguji nyawa, iman dan kudratnya… Ustazah Shadiya yang lemah tidak meminta apa-apa kecuali satu – Auratnya terpelihara, sekalipun dia tahu ada darurat dan ada mudarat. Allah makbulkan doanya.
“Kini dia telah pergi buat selamanya. Dugaan athma. Anak-anak masih kecil. Semoga segala ilmunya membuka mata hati dan marilah nanti kita bantu anak-anaknya setelah segala urusan penting selesai.
“Semoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi buat Ustaz @mkazman,” kongsinya.
Berikut merupakan perkongsian arwah tahun lalu yang menjadi sumber inspirasi buat golongan wanita agar terus menjaga aurat walau dalam apa jua keadaan.
“Perkongsian Ustazah @shadiyaabbas :
TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU.
“Semasa kemalangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju.
“Jubah dan tudung penuh darah.
Jururawat tu berkata kepadaku;
“Dik, kita gunting baju awak ni ye.”
Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.
“Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata;
“Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga.
“Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cedera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.
Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya.
“Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya. “Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedera teruk.
“Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya. “Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya.
“Ketawa Dr India tu. Manis. “You kan sakit, boleh buat joke.” Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.
“Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik.
“Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya TIDAK BERDAYA. “Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.” Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat. “Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya.
“Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.
“Saya sebak. Tuhan… Engkau Maha Memelihara. Engkau Maha Penjaga
Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu. Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku. Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu. Walau beribu derhaka.
“Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu. Aku tak boleh hidup tanpaMu.
Menurut suaminya pula iaitu ustaz MK Azman,arwah meninggal dunia akibat sesak nafas dan kini sedang berada di Hospital Sungai Buloh. Pihak hospital akan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas jenazah atas sebab negara sedang dilanda wabak merbahaya ini.
Foto : Instagram Shadiya Abbas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial, Farah Lee ada memberikan pandangannya sendiri perihal sisi positif yang boleh diambil menerusi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki minggu ketiga perlaksanaan.
Katanya, keberadaan satu keluarga di rumah memberi ruang buat ibu bapa di dalam memastikan solat anak-anak terjaga.
“Well, aku rasa antara sisi bagus PKP ni; makayah yang dulu selalu jemaah kat masjid surau tu dah ada masa untuk tahu anak-anak dorang solat tak kat rumah – while mereka berjemaah kat sana – dulu.
“Islam starts from home. Sedih, bila, makayah makmum setia masjid, anak, tak sempat nak ambil tahu pun solat ke tak. Islam starts from home, aku ulang.
“Moga kita ambil peluang #stayathome untuk praktikkan solat/ibadah berjemaah kat rumah. Then setiap malam lepas maghrib or lepas subuh, boleh lah mula gilir-gilir siapa nak lead tazkirah sambil bincang masalah keluarga, luahan perasaan, kecik hati ke apa ke. Kan cantik tu.? Ke tak.?,” jelas Farah di Instagram.
Pada masa sama, ibu tunggal beranak satu ini turut bercerita mengenai hubungan silaturrahim kepada dirinya sejak dulu hingga kini.
“Aku pegang sangat, antara kelebihan solat jemaah adalah — ia akan kukuhkan silaturahim antara jemaahnya. Mari aku cerita sikit.
“Sebelum tu, kena minta izin nets dulu, boleh ke aku cerita pasal previous marriage aku ni.? Kang katanya tak moveon lagi pulak.
“Okeh camni, korang moveon k. Aku lek je ni haaa.. Share moga boleh sama2 manfaat, true story katanya kan. Okay sambung.
“First day aku kawen dulu, aku terus request untuk solat jemaah setiap waktu. Alhamdulillah 4 tahun lebih kawen, boleh bilang jari berapa kali je tak berjemaah if dedua ada kat rumah.
“Even time tetamu datang pun, ktorg akan mintak diri jap untuk naik solat sama2, gaduh pun still jemaah k. Usually lepas solat tu masa paling sesuai untuk talk heart-to-heart.
“Persoalannya, tadi kata solat jemaah kukuh silaturahim, tapi asal cerai puleks.? Camni. Aku cakap kukuh silaturahim kan.? Bukan kukuh rumahtangga kan.? Haaa beza.
“Atas sebab2 tertentu, yes perkahwinan kami putus ditengah lautan. Tapi, as many macam wonder while ktorg still boleh baik gila even lepas cerai, siap dengan family mertua pun still berkeluarga macam takde apa2.
“Aku yakin, Allah ya Rahim, mungkin berkat berjemaah tadi, silaturahim antara kami masih sangat kuat dan dipelihara. Alhamdulillah.
“Aku pulak walaupun cerai pun dah masuk 4 tahun dan belum jumpa Imam yang berkenan di hati hikhik, still tiap kali nak solat akan tersilap niat as makmum.
“Taktau lah sebab dah terbiasa atau tu tanda tak kusyuk atau mungkin jugak tanda perlu cari #imambaru cepat2 ni kbai#ommabebel,” akuinya jujur.
Perkongsian darinya itu juga memberi ruang buat pengikutnya untuk memberikan pelbagai reaksi berkaitan.
Sekadar imbasan, Farah dan bekas suami, hos Ally Iskandar bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 6.
Foto: Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.