MeIihat di ruangan komen, rata-rata turut mendoakan kebahagiaannya dan isteri.
Sufie atau nama penuhnya Mohammad Sufie Rashid mendirikan rumah tangga bersama Ain pada 21 September 2019 dengan sekali lafaz bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Foto: Instagram Sufie Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka terkenal, Rizman Nordin berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia dan isteri, bakal timang anak perempuan tidak lama lagi.
Dia turut mendoakan agar bakal ‘puteri’ yang lahir tidak lama lagi dilahirkan dengan sempurna dan dapat membawa kebaikan buatnya dan pasangan, Nurida Suraya.
“Alhamdulillah, it’s a GIRL!!!! Sempena Ramadan yang mulia ni, sy nak kongsikan berita gembira ini kepada semua.
“Sekalung penghargaan dan Terima kasih pada anda yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan my syg Suraya.
“Kami berharap anda terus mendoakan juga agar pinchesss kami dilahirkan cukup sifat, indah seindah makhluk ciptaanNya dan semoga dengan kehadirannya, dapat membawa kami, ibu dan ayahnya ke syurga Allah yang firdausi. Amin amin ya rabbalalamin,” kongsinya.
Instafamous Beby Tora Tora menerusi entri terbaru berkongsi kisah hidupnya sewaktu membesar dahulu.
Jelasnya, dia dan adik beradik lain dijaga oleh nenek memandangkan ibunya seringkali bertukar kerja.
Dia mengimbau kembali apabila terpaksa menadah air hujan dengan besen kerana bumbung rumah neneknya bocor.
Malah, kongsinya, cukup menyedihkan apabila ibunya dipandang rendah semata-mata kerana status ibu tunggal.
“Terlebih dahulu ingat meminta maaf jika ada salah silap slama ni .yang mmbenci saya ,maafkan saya ya .klau dngn melihat saya anda rasa tertekan dn tidak suka melihat smua video saya.
“Alhamdulillah syukur dngn kehidupan yg ALLAH beri pada saya ..saya hidup susah ..hidup dngn tokwan dn tuk dngn mama saya juga di kampung .mereka yng menjaga saya ,kakak dn adik .dulu mama saya brtukar bnyak keja untuk besarkan kami.
“Rumah tokwan bumbung bocor sana sini .stiap kali hujan tokwan akan tadah air hujan dngn besen ..sedih tngok tokwan.. mama saya berpluh kali kerja dngn orang tapi orang aniaya .ramai orng mngata kluarga kami susah.
“Ramai orang pandang rendah dngn mama sbb mama kami janda ..tak prnah merasa ada kereta dri kcik smpai la ke bsar ..tumpang kreta adik bradik ja stiap kali raya.
Namun sudah tertulis, rezekinya berlipat ganda apabila memasuki kolej sehingga mampu membelikan ibunya kereta, membaiki rumah neneknya dengan kos kira-kira RM50,000 dan lebih membanggakan, hajatnya tercapai membeli kereta secara tunai.
Mengenepikan kehidupan mewah, jelas Beby Tora Tora dia lebih suka menyimpan duit dan mensasarkan RM1 juta dalam simpanannya.
“Tapi rezeki Allah bagi brrlipat ganda sejak saya masuk kolej ..saya dpat bli mak saya kreta .dpat blanjaa kluarga saya ambik lesen .saya dpat prbaiki rumah tokwan saya habis smpai 50k tapi tokwan takdan nak tengok smua tu sbb dia prgi dlu ..saya dpat achieve kereta prtama saya cash pada tahun 2018.
“Saya achieve kreta kdua saya pada tahun 2020 ..saya mmg tak pakai beg mahal ,tak brcuti luar negara ,tak hidup mewah mcm orang kat luar sana ..sbb saya lebih suka menyimpan hasil yg sayaa dpat dn achieve apa yg saya nak dlam hdup.
“Saya target 1juta dlam bank saya dn saya akan achive tak lama lagi .skrag sya tngah mnyimpan untuk beli rumah saya sndiri ..sya nak achieve sbuah rumah plak lpasni.
“Saya tak prnah minta duit ssiapa .saya tak prnah minta orang follow saya.saya brdikari atas kaki saya sndiri ..tapi sya berterima kasih kerana tanpa ada siapa lah saya ..saya brjaya bahagiakan kluarga saya dn kluar dari zon hidup yang susah.
“Saya bljar ikat perut waktu duduk di asrama dn bljar byar yuran sndiri tanpa susahkan mama saya ..klau saya makin gemuk,tlong jangn condemn ..Allah kurniagakn rezeki suami yg baik ,yang pnyayang ,brtangungjwab tapi Allah belom beli rezeki zuriat .anda taktau saya struggle mcmna nak kuruskan bdan.
“Berkatalah yang baik di bulan ramdhan, maafkan saya, insyaAllah saya akan brhenti buat review tak lama lagi .saya akan stop dn anda pun tak prlu la stress lagi yee,” kongsinya panjang lebar.
Ada yang mengecam kerana kerap menggunakan perkataan ‘aku kau’ ketika ke udara, pengacara dan penyampai radio, Elly Arifin menerima segala teguran dengan berlapang dada dan hati yang terbuka.