Sekarang ini MH lihat banyak sangat strategi cinta lokasi untuk mempopularkan sesebuah drama atau filem.

Tak dinafikan stratergi tersebut adakalanya berjaya menarik perhatian penonton untuk menonton drama atau filem berkenaan.

Pelakon Syazuwan Hassan mengakui dia tidak pernah terfikir untuk bercinta di lokasi seperti banyak kontroversi yang melibatkan artis-artis yang bercinta di lokasi sebelum ini.

IKLAN

Namun begitu dia tidak menolak jika diminta untuk rapat dan mesra dengan pelakon lain bagi mempromosikan sesebuah drama yang dilakonkan olehnya.

“Tak ada masalah untuk saya, lakonan pertama saya sebagai hero adalah drama Sein Dan Luna dan saya digandingkan dengan Mimi Lana.

 

“Untuk promosikan drama tersebut kami mula komen each other sweet-sweet sikit sampai ada yang suruh saya dan Mimi Lana bercinta betul-betul di luar set. Tapi itu semua adalah sebahagian daripada strategi untuk mempromosikan drama tersebut,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media DFKL 2018 tempoh hari.

Dalam pada itu, Syazuwan juga sebagai pelakon yang masih baru di dalam industri hiburan ini mengatakan perkara utama yang perlu ada untuk menjadi seorang pelakon hebat adalah disiplin.

IKLAN

“Saya rasa benda yang paling penting adalah disiplin sebab kita bekerja dengan ramai orang dan kalau kita tak ada disiplin so orang lain pun akan terkesan juga,” katanya.

Namun begitu, Syazuwan juga tidak menidakkan bahawa follower di media sosial juga menjadi salah satu faktor yang membantu untuk menaikkan seseorang artis.

IKLAN

Selain itu, Syazuwan telah dilantik sebagai duta DFKL 2018 bersama seorang lagi pengacara terkenal, Pauline Tan.

Kata pelakon ini apabila dia dipilih menjadi duta, dia merasakan dirinya telah mencapai sesuatu yang baru sepanjang bergelar artis dan dia tidak akan megecewakan pihak DFKL dalam menjadikannya sebagai seorang duta.

“Pada mulanya rasa macam tanggungjawab yang agak berat sebab saya sendiri pun dilahirkan dari program ini so bila pihak DFKL mengangkat saya sebagai duta untuk program ini, maknanya saya merasakan diri saya sudah achive satu level baru dalam diri saya dan saya tak boleh let them down,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI