Tidak dinafikan, ramai orang mengalami masalah kewangan atau hilang sumber pendapatan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara bermula 18 Mac yang lalu akibat penularan wabak Covid-19.
Baru-baru ini, penerbit dan hos Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi sekeping foto ‘direct message’ yang diterima daripada seorang individu.
“Potong gaji 80%? Ini pekerjaan atau ‘penghambaabdian’?,” tulisnya ringkas.
Pelakon, Ashraf Muslim memberitahu dia telah melawat Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) bagi untuk memberi sumbangan kepada pesakit serta frontliners yang bertungkus-lumus dalam usaha menangani wabak Covid-19.
Di samping itu, Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang telah banyak memberi bantuan kepada dirinya untuk sembuh daripada wabak tersebut.
Turut bersama dalam sesi lawatan berkenaan ialah rakan pelakon, Izzue Islam.
“Alhamdulillah.. bersama Pok Jue kita pergi melawat Pusat Kawalan Kusta Negara dgn memberikan sedikit sumbangan kepada pihak PKKN utk pesakit dan frontliners yg bertugas.
“Terima kasih Dr Azlin yg memudahkn cara kami disana,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun ini sempat menyatakan rasa rindu dengan kenangan ketika menjalani rawatan di pusat rawatan berkenaan.
“InsyaAllah… ada rezeki lagi kami akan datang lagi. Dulu saya kat wad ramai jer yang bg sumbangan dan sekarang bila saya dah bebas dr covid turn saya pulak untuk bantu.
“InsyaAllah kenangan di #Wad31 takkn dilupakan.. Terima kasih @izzueislam for the time.. teruskan jue usaha-usaha mcm ni.. .@izzueislam@ashrafslegacy@ashrafmuslimsmuayyid#salamsayangsampaikesyurga,” tulisnya.
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menitipkan pesanan istimewa buat anak perempuannya, Qadeja El Zahra di entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Jelas Aliff, setiap bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan disebabkan itu dia mahu Qadeja menganggapnya bukan sekadar seorang bapa, namun berharap apabila anaknya besar nanti, dia orang yang paling rapat selain suami.
“Saya pasti setiap abah mahukan buat terbaik utk anak anaknya… Macam saya juga terutamanya anak perempuan supaya ada segalanya. Saya mahukan anak dara saya ces ni @qadejah_terlajaklaris ini, menganggap saya bukan sekadar sebagai seorang abah. .
“Tetapi sy nak sebagai seorang sahabat, abah, kawan yang boleh di ajak sembang, peluk, syg, Dan bila besar nanti, saya mahukan dia menjadikan saya sebagai orang yang paling rapat selain suami dia. .
“Saya akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anak abah. Abah akan pastikan Qadejah ada segala-galanya. Ada agama, pelajaran, ada masa depan dan juga simpanan. Apa pun abah akan cuba jadi abah yang terbaik..doakan sy berjaya ya,” harap Aliff.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun, bintang versatil Elly Mazlein tidak lupa untuk menitipkan ucapan buat suami, Mohammad Azlan Che Noh yang juga merupakan seorang pendidik.
Ingatan sama turut didedikasikan buat semua guru di negara ini.
Kongsi Elly, jasa mereka akan terus dikenang.
“Selamat hari Guru Buat Papa Awan Nano Dan semua guru-guru. Kegigihan mngajar kami Akan dikenang.
“Terima Kasih Guru Wahai Cikgu. Tak sngka ade Cikgu pencuri hati GADIS yg bernama kepompom kesuma Jiwa Laksana Bulan Purnama Parking di B1 D Sunway Pyramid.
“Selamat Hari Guru. Nak tanya, ada sapa2 x yg brani lawan nama GADIS itu?,” tulisnya dalam kapsyen humor.
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.