Dengan kejayaan filem Munafik pada tahun 2016 lalu, pengarahnya, Syamsul Yusuf berkongsi berita gembira buat peminat apabila filem sekuelnya bakal menemui peminat Ogos depan.

Menerusi entri di Instagramnya, Syamsul memuat naik poster filem Munafik 2.

“Dengan Nama Allah, Munafik 2 Official Poster. Di Pawagam 30 Ogos 2018. #Munafik2 #Fisabilillah #Malaysia #Indonesia #Brunei #Singapore

“InshaAllah Official Trailer next week. @maya_karin @nasirbilankhan171960 @fizzfairuzofficial @cahayaasmawi @fauzinawawi_new,” tulisnya.

Kalau melihat barisan pelakonnya yang terdiri daripada Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, sememangnya filem ini antara yang dinanti oleh para peminat.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen juga menyaksikan para peminat filem ini teruja dan tidak sabar untuk menonton filem ini di pawagan.

Syamsul Yusof ‘Share’ Poster Filem Munafik 2, Ramai Tak Sabar!

IKLAN

Syamsul Yusof ‘Share’ Poster Filem Munafik 2, Ramai Tak Sabar!

Syamsul Yusof ‘Share’ Poster Filem Munafik 2, Ramai Tak Sabar!

IKLAN

MH sendiri turut teruja dan ingin mengetahui mesej apa pula yang akan disampaikan dalam Munafik 2 ini.

Sebelum ini, Munafik mendapat kutipan sebanyak RM17 juta serta RM 2 juta di Singapura. Ia juga turut memenangi lima anugerah di Festival Filem Malaysia ke-28.

Foto: Instagram Syamsul Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI