Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof menyeru orang ramai membantu kanak-kanak berusia dua tahun, Mohammad Bilal Yusra yang kini terlantar akibat menghidap Alobar Holoprosencaphly atau kecacatan tempurung kepala.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berharap, masyarakat dapat menyalurkan sumbangan bagi membantu menampung kos perubatan selain mendoakan kesihatan adik Bilal.

“Ada ketumbuhan dekat kepalanya. Mohon boleh semua doakan adik ini. Doakan kesejahteraan semoga dia boleh cepat sembuh.

“Doakan ya semua. Memang kesian. Sesiapa yang mampu boleh sedekah untuk membantu.

“Tapi bukan sahaja duit, mohon doakan yang terbaik untuk adik itu yang ada ketumbuhan di kepalanya.

“Saya mohon sangat kita satu Malaysia doakan dia. InsyaAllah,” katanya.

Perkongsian Syamsul itu mengundang perasaan sebak di kalangan pengikutnya yang sedih dan terkesan melihat penderitaan Bilal.

Penyakit Bilal dilaporkan semakin kronik apabila kepalanya membesar hingga mencecah berat 28 kilogram (kg).

Selain menghidap kecacatan tempurung, anak kecil itu turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, yang sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang rumah dan ibu Bilal, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, yang pernah menjadi pembantu klinik terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anak mereka.

Anak sulung pasangan tersebut, Nur Khaulah Al-Azwar juga adalah anak istimewa yang mengalami masalah pendengaran dan sakit tulang belakang.

Malah sebelum ini mereka memaklumkan terpaksa menjual barangan peribadi bagi mencari sumber kewangan.

Artikel Berkaitan;

“Netflix Nak Beli Mat Kilau RM7 Juta,”- Syamsul Yusof

“No Komen,” – Respon Syamsul Yusof Susulan Video Keberadaan Di Kedai Emas Dengan Kazar, Netizen Tinggalkan Komen Pelbagai Di Tik Tok

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Syamsul Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI