Syamel Nafi Dakwaan Ambil Minuman Keras

Penyanyi yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia 2015, Syamel telah dikatakan gemar mengunjungi pusat hiburan dan bukan sahaja itu namun ada juga yang mendakwa bahawa Syamel juga turut mengambil minuman keras di pusat hiburan.

Menurut sebuah sumber, Syamel telah menafikan dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu. 

Syamel berkata, dia hanya pergi ke pusat hiburan jika terlibat dalam tuntutan kerja sahaja dan dia juga mengakui bahawa dia memang berkunjung ke banyak pusat hiburan tetapi ia melibatkan persembahan nyanyian anjuran Astro.

“Kalau betul pun saya ingin berhibur, saya suka menonton persembahan ‘live band’,” katanya.

Katanya lagi, dia amat terkejut dengan berita dakwaan terhadapnya ini dan dia juga menganggap mungkin ada pihak yang ingin merosakkan mata pencariannya dan mereka cerita yang tidak benar.

IKLAN

“Tak mungkin saya melakukan perkara seperti itu. Saya masih boleh mempertimbangkan yang mana buruk dan yang mana baik. Lagi pun saya menetap bersama keluarga. Ke mana saja saya pergi masih lagi di bawah pemantauan ibu bapa,” katanya.

Beritahunya lagi, ke mana sahaja dia pergi, dia sering ditemani oleh dua rakan baiknya.

Syamel juga turut berkata, mungkin ada yang tersalah dengar yang sebenarnya dia berkunjung ke kelab futsal bukan ke kelab malam.

IKLAN

“Mungkin juga mereka tersilap dengar. Saya sebenarnya bukan berkunjung ke kelab malam, tetapi ke kelab futsal,” katanya.

Sabarlah Syamel, mungkin ada yang iri hati dengan kejayaan Syamel sekarang ini dalam industri. Teruskan usaha Syamel untuk lebih menyerlah dan terus berjaya dalam karier nyanyian.

Sumber: Harian Metro