Pelakon, Syafiq Kyle bakal mengagihkan lebih 5000 keping kad raya istimewanya bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Katanya, selain ingin mengembalikan nostalgia, pelakon drama rantaian Nur ini juga mengharapkan agar tradisi memberi kad raya kekal diteruskan demi kemeriahan Syawal.

Syafiq Kyle Edar 5000 Kad Raya Eksklusif Buat Peminatnya Seluruh Malaysia!

IKLAN

“Ini merupakan kali pertama saya jalankan projek kad raya ini sebagai satu simbol penghargaan kepada semua peminat.

 

“Meski pada awalnya saya rasa penyediaan kad raya ini agak melecehkan, bagaimanapun sangkaan saya nyata meleset apabila ia sebenarnya menyeronokkan,” kongsi Syafiq yang turut memberitahu, sebanyak 5000 keping kad raya akan diedar kepada para peminatnya seluruh Malaysia.

Terdahulu rekaan kad raya berbentuk karikatur wajah pelakon berkenaan juga turut diselitkan dengan pantun menarik dengan tema raya.

IKLAN

Lebih menarik, kad tersebut juga akan disertakan dengan ucapan raya dan tandatangan daripada Syafiq sendiri.

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI