Syafiq Kyle mengakui akan ada situasi di mana akan wujudnya cinta lokasi di antaranya bersama pasangan heroin, setiap kali berlakon sama menerusi sesebuah drama yang berteraskan kisah cinta.

Bagaimanapun, usah cepat membuat penilaian kerana hubungan cinta yang terjalin tidak lebih daripada untuk menyuntik keserasian di dalam drama dan tidaklah sehingga terbawa-bawa hingga ke luar lokasi.

“Setiap kali berlakon cerita cinta, memang akan ada cinta lokasi. Sebab kalau kami tidak ‘bercinta’ seperti mana yang dimahukan pengarah, kita tidak mungkin akan cipta keserasian hingga mendapat maklum balas yang baik daripada penonton. Misalnya ketika berlakon dengan Hannah Delisha dan Zahirah, kami memang akan cuba memberikan yang terbaik, seperti mana yang dinginkan.

 

“Menerusi drama Tak Ada Cinta Sepertimu misalnya, saya dan Zahirah sudah pun kenal lama dan hubungan kami lebih kepada landasan profesional. Malah kami tidak perlu lakukan rehearsal berulang kali kerana dia seorang profesional dan kalau boleh mahu bekerjasama dengannya lagi,” katanya kepada MH.

Syafiq Kyle Akui Masih Single, Tak Bercinta Dengan Hannah Delisha Atau Zahirah MacWilson Sebab…

Ditanya mana satukah heroin yang berjaya ‘menambat’ perhatiannya, bekas naib juara Pertandingan Hero REMAJA ini menjelaskan, peminat pastinya mempunyai penilaian sendiri dan baginya, masing-masing mempunyai kelebihan di dalam kerjaya lakonan.

IKLAN

“Masing-masing ada kelebihannya. Cuma kalau ditanya mengenai cinta realiti, memang betul saya tidak bercinta dan tak betul kalau dikata saya bercinta dengan Hannah. Apa yang berlaku hanyalah ‘cinta lokasi’ dan kalau di bawa keluar, ia bukanlah dinamakan cinta lokasi lagi.

Syafiq Kyle Akui Masih Single, Tak Bercinta Dengan Hannah Delisha Atau Zahirah MacWilson Sebab…

Memang tidak wujud pun. Lagi banyak kami bekerjasama, lebih banyak ilmu lakonan yang kami akan perolehi,” jelas pemilik nama lengkap Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak ini jujur.

IKLAN

Terdahulu, Syafiq ditemui pada majlis An Evening With Syafiq Kyle di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis. Menerusi majlis tersebut, pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer itu turut melancarkan tiga produk di bawah jenamanya iaitu laman sesawang rasmi, www.syafiqkyle.com, barangan penjagaan kulit, Kylez Lab dan koleksi pakaian, Kylez by Syafiq Kyle.

Syafiq Kyle Akui Masih Single, Tak Bercinta Dengan Hannah Delisha Atau Zahirah MacWilson Sebab…

IKLAN

Foto: Instagram Syafiq Klye

Wow Syafiq Kyle try nyanyi lagu Jampi. Lets dengar sedap mcm Hael ke idok…

Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 19 April 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI