Guru vokal yang juga juri program Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan Arrora Salwa sebagai antara peserta yang mempunyai semangat yang kuat.
Menerusi saingan minggu kelapan konsert malam tadi, Arrora tersingkir selepas berada di kedudukan paling bawah dalam kalangan lapan bintang lain iaitu dengan markah sebanyak 55.20%
Puji Semangat Juang
“Selama beberapa minggu ini, kita boleh nampak semangat juangnya dalam persaingan. Dia tetap teruskan semangat dan itulah yang baik mengenai Arrora Salwa.
“Cuma dalam segi teknik nyanyian, sebagai penyanyi, saya rasa dia memerlukan masa yang lebih berbanding dengan peserta lain yang masih dalam pertandingan.
“Bagaimanapun untuk sampai pada tahap ini, saya rasa itu satu pencapaian baik untuknya,” katanya.
Ads
Terus Perbaiki Kelemahan
Syafinaz pada masa sama mengharapkan agar Arrora terus berusaha memperbaiki kelemahan sekiranya mahu kembali fokus dalam seni sejurus pertandingan.
Ads
“Saya percaya dia bangga dengan dirinya kerana sudah berada sejauh ini dan membuktikan dia sudah bekerja keras dan boleh melalukannya dengan usaha berterusan.
“Selepas ini sekiranya dia serius untuk meneruskan kerjaya dalam nyanyian, dia perlu perkemaskan lagi nyanyian sebagai penyanyi,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, persembahan Arrora menerusi lagu hits Siti Nordiana, Cinta Hanya Sandaran gagal memikat hari juri.
Selain Arrora, dua peserta lain yang turut berada dalam posisi ‘bottom 3’ ialah Ronnie Hussien (59.60%) dan Zehra Zambri (58.60%).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebut sahaja nama Fazura, pasti ramai dikalangan anda yang mengenali bintang jelita pengasas kepada jenama Fazbulous ini. Malah, dek kerana sikap rendah diri dan mesra peminat yang dimilikinya, Fazura sentiasa disenangi orang ramai.
Selain itu, penampilan yang ditonjolkan sentiasa berjaya meraih perhatian dan menjadi sorotan wargamaya! Justeru, disini NONA kongsikan beberapa gambar OOTD Fazura yang boleh dijadikan rujukan gaya wanita moden.
Mana tahu, Nonarians juga boleh jadi cantik persis ibu kepada Fatima ini? Jom lihat fesyen OOTD terbaik Fazura!
Suka benar kami melihat pelakon Fazura dalam rona putih. Sudahlah memang empunya diri cantik & manis, apabila menyarungkan rekaan berona putih, lebih tampak ayu dan sopan. Seperti gaya OOTD di atas, pelakon ini bijak menggayakan rona putih dengan rekaan celana potongan besar atau ‘palazzo’ untuk menjadikan seluruh imej lebih menarik.
Padanan akesesori seperi ‘handbag’ juga memainkan peranan penting menjadi pelengkap stail ini. Pilih warna-warna aksesori yang lebih ‘bold’ untuk dijadikan sebagai ‘fashion statement’ dalam keseluruhan gaya. Gaya hijab juga menjadi nilai bonus dalam stail rona putih ini.
Ayunya Fazura dalam rekaan warna nude ini! Jelas kelihatan gaya yang santai, selesa dan paling penting, sopan! Biarpun hanya mengenakan rekaan ala jubah, pelakon ini masih nampak urban dan bergaya! Nak tahu triknya? Usah beli rekaan jubah yang terlalu besar atau terlalu kecil.
Anda harus membeli jubah yang sesuai dengan saiz tubuh anda. Barulah nampak gaya OOTD ‘on-point’ walaupun hanya menyarungkan blouse beropol dan skirt. Pilihan warna tudung senada serta aksesori juga memainkan peranan penting untuk melengkap keseluruhan stail ini. Jika mahu selamat, elakkan pilihan corak yang terlampau. Ingat ya! ‘Less is more’! Lebih sederhana lebih mahal!
Ramai wanita di luar sana risau jika menggayakanbaju kurung kerana bimbang keseluruhan gaya nampak bosan. Tidak ya! Lihat saja pelakon ini! Bijak dalam menyesuai padankan kurung moden berona biru dengan cape net di bahagian tangan, menambahkan imej mahal pada baju! Malah Fazura kelihatan seperti kerabat-kerrabat diraja, semestinya gaya ini wajib anda lihat dan rujuk untuk menghasilkan stail yang mewah!
Ketepikan dahulu padanan yang sarat dengan corak bunga, potongan yang labuh atau feminin. Untuk gaya OOTD ini, kita raikan gaya ranggi si muslimah moden! Padanan ‘Oversized blouse’ bersama skirt PVC berona hitam cukup sempurna untuk digayakan gadis kota!
Pilihan kasut yang sesuai ala ‘sporty’ juga menghidupkan imej OOTD ini! Masih dalam konteks menutup aurat, cumanya ia lebih ranggi! Mengapa tidak?
Apa yang tidak kena dengan helaian denim? Tidak ada salah dalam menyarungkan rekaan denim samaada celana mahupun baju! Sesuai untuk anda yang ingin gaya minimalis dikala sibuk melakukan tugasan kerja di luar, sehelai rekaan denim mampu untuk membuatkan gaya anda mahal! Pilih kemeja yang kosong (lebih baik jika fabriknya ‘cotton’) untuk digayakan dengan celanan denim.
Percaya atau tidak, biarpun ianya tampak ringkas tetapi sebenarnya gaya ini sahaja sudah cukup untuk menonjolkan aura kejelitaan anda persis pelakon Fazura ini! Tidak salah juga untuk menyarungkan dari atas ke bawah dengan fabrik denim! Asalkan tidak terlalu sarat dan tidak kelihatan ‘murah’, ia sesuai untuk digayakan!
Selamat mencuba!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari @Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Mimi Ernida dan Reen Rahim ni kembar ke? Atau adik beradik?”
Demikian antara reaksi peminat yang terkeliru dengan penampilan dua pelakon cantik, Mimi Ernida dan Reen Rahim yang mirip di antara satu sama lain.
Sering menghadapi situasi sebegitu, dua aktres berkenaan sudah lali dengan ‘kekeliruan’ yang berlaku. Malah ada juga yang menganggap mereka berdua mempunyai pertalian kekeluargaan.
Malah perkongsian foto terbaharu Mimi dan Reen di laman sosial Instagram dan TikTok masing-masing beberapa hari lalu turut meraih perhatian.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah menerima hampir 17,000 tanda suka di Instagram selain turut ditonton lebih setengah juta kali menerusi TikTok.
“Ramai sangat yang keliru antara kami berdua. Kalau saya buat siaran langsung di TikTok dan mula memanggil nama saya dengan nama Reen Rahim.
“Begitu juga komen di video-video saya, orang komen nama Reen. Pernah juga di luar, peminat menegur saya dengan nama Reen dan mahu mengambil foto bersama saya,” kata Mimi.
Menjalinkan hubungan baik, dua bintang ini saling berkenalan sejak sembilan tahun lalu meski tidak pernah bergandingan dalam mana-mana karya seni bersama setakat ini.
“Kali pertama kami berjumpa 2016. Sampai sekarang kami baik. Walaupun jarang jumpa dan tidak pernah berlakon dalam satu naskhah yang sama, saya tahu Reen ialah kawan yang selalu ada untuk saya.
“Jika berjumpa tu, ada macam-macam cerita yang kami kongsikan,” kata Mimi sambil diakui Reen.
Jelas Reen, biarpun orang ramai sering tersilap, mereka berdua bagaimana pun tetap mempunyai sisi perbezaan yang ketara.
“Ramai peminat keliru antara saya dah Mimi. Tapi sebenarnya, kami berbeza. Mungkin ada beberapa bahagian wajah nampak seiras, tapi tona kulit Mimi lebih cerah berbanding saya.
“Mimi lebih manis, sedangkan saya pahit,” seloroh Reen sambil akui dia selesa berkawan dengan Mimi kerana boleh berkongsi pelbagai cerita.
Reen turut berkongsi keperibadian baik rakan artisnya itu.
“Sejak saling berkenalan, kami memang ngam. Kami tak selalu berjumpa tapi apabila kami bertemu, memang kami sering berkongsi perkembangan seperti teman baik.
“Kami bercerita hal kehidupan, kerjaya, bisnes dan banyak lagi. Saya boleh katakan Mimi memang kawan yang baik,” katanya lagi.
Mimi dan Reen juga kini sedang merancang kolaborasi istimewa kempen She Rise yang menggabungkan mereka berdua.
Kempen yang bakal dilancarkan pada 31 Januari ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita kepentingan menjaga kesihatan dalam dan luaran, selain peluang menjana pendapatan.
Kempen She Rise bakal menggabungkan jenama CYoung Glowing, produk kecantikan pelbagai manfaat oleh Mimi dan Qu’ Yus Premium Coffee, produk organik untuk membantu mengawal selera makan yang diusahakan oleh Reen.
“Insya-Allah, kami bakal muncul dengan kolaborasi istimewa yang bermatlamat untuk menzahirkan versi terbaik diri secara dalaman dan luaran.
“Memandangkan kami berdua kini sedang berjinak dalam bidang bisnes, kami mahu membantu wanita di luar sana menjana pendapatan.
“Kami mungkin dua individu berbeza, tapi hasrat dan misi kami sama. Mahu membantu ramai orang di luar sana, terutamanya wanita. Nantikan pengumuman istimewa kami di platform media sosial masing-masing Insya-Allah,” akhiri Mimi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kes keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila akhirnya mendapat pembelaan.
Suaminya, Armor Toreador dijatuhi hukuman penjara empat tahun setengah atas kesalahan melakukan penderaan fizikal terhadap isterinya itu.
Dalam laporan media tempatan, Armor dikatakan menerima segala hukuman yang dijatuhkan terhadap dirinya dan tidak akan mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan tersebut.
“Baiklah, saya sudah mengatakan bahawa saya hanya mengingatkan anda bahawa dari awal penahanan saya tidak ada apa-apa tentangan, jadi saya menerima akibat undang-undang yang dikenakan,” ujar Armor kepada media
Walau bagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan panel hakim adalah lebih ringan berbanding tuntutan Pendakwa Raya (JPU) yang menuntut Armor dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun.
Imbas kembali, video rakaman cctv yang menampakkan Cut Intan Nabila ditendang suaminya tular sekitar Ogos tahun lalu yang menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.
Video yang dimuat naik di Instagram pempengaruh itu menampakkan pertengkaran antara pasangan itu dan memaparkan Cut Intan Nabila dipukul beberapa kali walaupun dia merayu agar tindakan ganas itu dihentikan.
Dalam perkembangan lain, Cut Intan Nabila sudah pun memaafkan suaminya itu namun tetap meneruskan proses perceraian apabila proses mediasi di antara mereka gagal.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.