Pelakon asal Singapura, Atikah Suhaime mendedahkan tiada apa-apa momen istimewa apabila berkongsi saat penyanyi Awi Rafael melamarnya sekitaer hujung tahun lalu.

Akui bintang filem Volkswegan Kuning ini lagi, pada awalnya dimenyifatkan hasrat Awi untuk menjadikannya sebagai isteri hanya gurauan semata-mata.

“Situasi itu berlaku dalam suasana yang santai sahaja. Pada awalnya kami berbual kosong, bergurau sahaja. Lalu kami ada bercakap soal jodoh dan tiba-tiba dia tanya saya, sudikah jadi isterinya?

 

“Saya terkejut dan terharu sebab kami jujurnya sudah kenal lama sebagai kawan biasa. Cuma sepanjang perkenalan, dia selalu ada dan memberikan motivasi kepada saya, sekali gus membuatkan saya rasa selesa,” jelas Atikah kepada MH.

Sweet Sungguh Bila Awi Rafael Bergegas Jumpa Tunang, Atikah Suhaime di Fashion Show!

IKLAN

Menurut Atikah, proses tunang mereka juga dipermudahkan iaitu pada Januari lalu, Awi ada berjumpa keluarganya bagi menyampaikan hasrat.

“Januari lalu, dia datang berjumpa keluarga saya dan berbincang. Alhamdulillah, akhirnya kami bertunang pada Mac,” katanya jujur.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mengumumkan majlis pertunangan mereka pada 17 Mac lalu di Singapura menerusi entri yang dimuat naik menerusi Instagram bintang berkenaan.

IKLAN

Menariknya juga, Awi turut menghadiri pertunjukan fesyen yang turut melibatkan tunangnya itu bekerjasama dengan fesyen hub terkemuka, PrimaValet di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Rabu.

IKLAN

“Sudah habis pertunjukan fesyen tapi tidak mengapalah asalkan dapat hadir dan sokong Atikah,”kata Awi ringkas.

Ikuti sedutan temu bual bersama Atikah Suhaimi menerusi FB Live MH

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155596291883435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI