Menjelang Ramadan yang hampir tiba, dunia hiburan Indonesia disusuli dengan berita gembira apabila Surau Ar-Rahma yang diusahakan Allahyarham Julia Perez dilaporkan  sudah hampir siap.

Difahamkan, surau yang terletak di Serang, Banten, Indonesia itu bakal menjadi kemudahan buat buat warga tempatan untuk beribadat.

Malah, adik kepada Julia, Nia Anggia turut merakamkan rasa gembira dan terujanya kerana surau tersebut yang menjadi impian arwah kakaknya itu sudah pun boleh digunakan buat penduduk tempatan. Kenyataan tersebut telah disampaikan bintang terbabit menerusi Instagram.

IKLAN

“Alhamdulilah ya Allah Mushola Ar- Rahma di serang banten sudah bisa digunakan masyarakat untuk menyambut ramadhan dan idul fitri tahun ini walaupun pembangunannya belum 100% selesai.

 

“Tidak lupa kami mengucapkan terimakasih atas bantuan orang orang yg ikut andil mewujudkan mushola ini InshaAllah bermanfaat untuk masyarakat dan apa yg diamalkan kakak kami tercinta @juliaperrezz menjadi rumah surga utk beliau di akhirat. Amien YRA,” tulisnya.

Surau Yang Diusahakan Allahyarham Julia Perez Sudah Hampir Siap, Berita Gembira Menjelang Ramadan

IKLAN

Sementara itu, para peminat bintang sensasi itu turut menyambut baik proses menyiapkan surau berkenaan dan tidak yang turut sedekahkan al-Fatihah buat penyanyi dan pelakon itu.

Julia Perez atau nama sebenarnya, Yuli Rachmawati meninggal dunia 10 Jun tahun lalu selepas tiga tahun melawan penyakit kanser servik.

IKLAN

Foto/video: Instagram Nia Anggia

https://www.youtube.com/watch?v=PQqVwV6nd0w

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI