Diakui, nama pelakon Farah Nabilah kini kian disebut-sebut sebagai antara pelakon angkatan baru yang tidak boleh disangkal popularitinya. Baru saja menerima trofi Artis Baru MeleTop di Anugerah MeleTop Era baru-baru ini, bintang asal Selangor ini menjelaskan, dia tiada masa untuk memikirkan soal teman lelaki kerana fokus dan komitmennya kini hanyalah pada lakonan.

“Ya, saya agak sibuk kebelakangan ini. Jadi tiada masa untuk fikir pasal teman lelaki pada masa sama. Sumpah saya single. Kalau ada boyfriend pun kesian kat dia,” katanya jujur kepada MH.

Menyifatkan dirinya bukanlah seorang yang suka menghebohkan soal sisi peribadi, pelakon Titian Cinta ini juga turut menjelaskan, sejak dahulu lagi, dia tidak gemar membetritahu semua orang mengenai hal privasi, misalnya yang melibatkan soal teman lelaki.

“Sumpah Saya Single. Kalau Ada Boyfriend Pun Kesian Kat Dia…” – Apa Fasal Tu Farah Nabilah?

IKLAN

“Memang dari dulu saya tak pernah nak hebohkan pada orang. Malah sejak zaman belajar lagi. Bagaimanapun, hubungan saya dengan teman lelaki masih lagi baik,” kongsi Farah.

Pada masa sama, dia turut menafikan apabila namanya kian dikenali, secara automatik makin ramai lelaki yang datang menghampiri.

“Sumpah Saya Single. Kalau Ada Boyfriend Pun Kesian Kat Dia…” – Apa Fasal Tu Farah Nabilah?

IKLAN

“Sumpah tak ada yang mendekati. Mungkin sebab saya ni jenis yang bukan bersosial sebab habis saya kerja saya akan pulang ke rumah. Kebanyakan masa pun saya habiskan bersama keluarga saja.

 

“Bukan sombong, tetapi saya akui agak sukar untuk ‘warm up’ dengan individu yang baru dikenali,” akhiri Farah yang turut tercalon menerusi kategori Pasangan Pilihan bersama Zul Ariffin untuk drama Titian Cinta di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur pada 13 Mac depan. 

Foto: Instagram Farah Nabilah

IKLAN

Siapa yang nama Alep atau korang ada kenalan nama Alep, ce tagged diaorg. Ni ha Farah Nabila ada wish sumthing dekat korang. Untunglah!!

Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 26 April 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI