Sultan Mizan Sah Kembali Beraksi Di Sukan Sea

Semalam baru sahaja MH Online melaporkan bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin terpaksa menarik diri daripada Sukan Sea 2017 kerana kuda yang bakal ditunggangnya berada dalam yang kurang baik.

Namun sejurus selepas laporan itu, MH Online mendapat berita bahawa Sultan Mizan akan kembali beraksi di Sukan Sea nanti kerana menurut sumber, salah seorang daripada atlet dalam skuad kuda lasak telah mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menarik diri.

Berita ini disahkan oleh Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo ketika dihubungi oleh Bernama.

IKLAN

Menurut Beng Choo, MOM telah menerima surat daripada Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) yang memaklumkan perkara berkenaan.

“Pihak persatuan memaklumkan bahawa penggantian perlu dibuat dan hanya ada seorang lagi atlet iaitu Sultan Mizan,” kata Beng Choo.

Untuk pengetahuan semua, Sultan Mizan merupakan antara empat ekuestrian terbaik negara yang berada dalam ranking Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) dan Baginda pernah menyertai Kejohanan Endurance Dunia di Lembah Bidong pada tahun 2008.

Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan berkata ketika dia ditemui pemberita, dia yakin dengan keputusan yang diambil oleh Baginda itu mampu menambahkan semangat dan kekuatan pada pasukan kuda lasak atau endurance negara.

IKLAN

Kami daripada MH Online mendoakan agar pasukan kuda lasak negara dapat meraih kemenangan pada Sukan Sea nanti dan sekali gus mengharumkan nama negara.

Sumber: Bernama