“Suka Tengok Beliau,”- Ebit Lew Puji Sikap Johan. Bapa Yang Sukses Didik Anak & Isteri

Share

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkesempatan bertemu dengan pelawak dan penyampai radio, Johan.

Malah, Ebit dan Johan dilihat sempat berpelukan antara satu sama lain.

“Best dan seronok dapat jumpa @jozlynnhanania . Dari konti era melambai tadi. Senyum. Happy.

“Jumpa dekat luar terus beliau salam dan peluk. Beliau rendah diri , baik dan sentiasa gelak ketawa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ebit memuji sikap Johan seorang suami dan bapa yang penyayang.

Malah, Johan berjaya mendidik keluarganya dalam ilmu duniawi dan ukrawi.

“Suka tengok beliau sayang dan suka bergurau dengan isteri. Jadi imam isteri dan anak-anaknya. Di mana-mana jaga solat. Didik isteri dan anak solat dan Al-Quran.

“Kita semua sama-sama sedang berusaha mencari RedhaNya.

“Wujudkan suasana nasihat dan kasih sayang dimana-mana kerana Allah. Semoga terus maju jaya bahagia sampai syurga. Anak soleh,”tulis Ebit.

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perkongsian itu.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan.

Video: Instagram Ebit Lew

IKLAN