Mengakui tidak mudah menjalankan tugas sebagai bapa, Saharul Ridzwan mengakui ada ketika emosinya diuji sebagai ketua keluarga.

Muhammad Luth Ali mula menginjak ke usia dua tahun, dan pastinya membesar sebagai kanak-kanak lelaki yang aktif.

Kata pelakon popular ini lagi, pada mulanya agak sukar bagi tangani tantrum Ali yang tekad dengan kemahuannya.

Namun atas berkat nasihat individu berpengalaman, dia sekurang-kurangnya mampu mengawal emosi anak tunggalnya itu.

Cabaran anak lelaki lain. Bila mula berumur setahun, dia sudah mula teroka apa yang dia suka. Contohnya kalau dia nak sesuatu dan kalau tak dapat, dia akan berguling-guling.

IKLAN

“Macam mana saya sebagai bapa nak kawal. Mula-mula saya marah namun tak berjaya.

“Jadi saya jumpa beberapa pakar dan saya belajar, untuk bercakap dengan anak, kena satu level dan cakap elok-elok,” katanya kepada MH.

Malah, dia turut berkongsi cerita, televisyen 55 inci di rumah juga turut pecah akibat diketuk anaknya.

IKLAN

“Biasalah budak lelaki, suka panjat sana sini. Televisyen dekat rumah pun dah pecah kena ketuk. Tapi saya okay sahaja, anak sendiri juga. Baru tau inilah pengorbanan bila ada anak,” kongsinya lagi.

Terdahulu, bekas finalis Hero Remaja ini ditemui pada Majlis Pelancaran Filem Coast Guard di Red Hotel Kuala Lumpur semalam turut berkongsi impian mahu mempunyai anak perempuan, andai diberikan rezeki.

Saya sebenarnya cemburu sebab Ali rapat dengan mummy dia. Bila saya balik rumah, dia selalu tak ambil kisah.

IKLAN

“Jadi saya hanya boleh belai dan kiss bila dia tidur sahaja. Kalau ada anak perempuan, mungkin dia akan rapat dengan saya,” jelas Saharul jujur.

Saharul dan Qaabila Deena diijabkabul pada 16 September 2016 dan menerima cahaya mata pertama pada 6 Jun 2017.

Dalam perkembangan lain, aktor ini bakal menjadi teraju utama dalam filem Coast Guard yang turut menampilkan Emma Maembong, Julia Farhana Marin, Hazama dan ramai lagi.

Foto : Instagram Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI