Penyanyi, Shiha Zikir berpendapat bahawa trend melakukan gimik sebelum melancarkan lagu adalah mengikut pilihan penyanyi itu sendiri.

Katanya, asalkan tidak menyentuh isu sensitiviti atau menggangu perasaan orang lain dia okay sahaja dengan ‘gimik’ itu.

“Kita tengok kebelakangan ini memang ramai yang buat benda (gimik) ini, peminat pun dah bijak untuk tahu sama ada itu adalah gimik atau pun tak.

 

“Bagi Shiha, itu semua terpulang pada masing-masing punya cara pemasaran, cara mereka asalkan tak sentuh sensitiviti atau mengganggu perasaan orang lain. Kalau dah melebih-lebih, sentuh sensitiviti semua, tak nak lah.

 

“Macam Shiha sendiri, lagu Shiha iaitu Jagakan Dia, Shiha tiada buat ‘plan marketing’ tapi Shiha akan fikir dari segi muzik video, jalan cerita apa yang sesuai. Senangnya, buat sesuatu yang berbeza daripada orang lain.

 

“Kalau ikutkan boleh je Shiha terjun bangunan ke, itu sesuatu gimik juga tapi bagi Shiha tak perlulah buat macam itu.

 

“Shiha hanya buat apa yang perlu seperti muzik video dan sebagainya dan terpulang pada peminat untuk menilai sendiri,” jelasnya kepada MH.

Tambahnya lagi, dia banyak menjadikan artis-artis senior dan otai sebagai garis panduannya dalam industri.

IKLAN

“Suka Ikut Otai, Hanya Bersandarkan Pada Kualiti,” – Kata Shiha Zikir Fasal Cipta Gimik Demi Lagu

IKLAN

“Suka ikut artis-artis lama, otai yang hanya bersandarkan kualiti dan percaya dengan diri mereka.

 

“Gimik-gimik ini pun, kalau selalu sangat, lama-lama nanti orang muak juga,” katanya lagi.

Sebelum ini, penyanyi Daiyan Trisha mengejut orang ramai apabila memakai gaun putih seakan busana pernikahan dengan kapsyen tarikh ’19/8/1028′.

IKLAN

Bagaimanapun, persoalan terjawab apabula dia kemudiannya melancarkan ‘single’ terbarunya bertajuk Langit pada tarikh tersebut.

Foto/Instagram: Shiha Zikir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI