Ads

“Suka Hatilah, Ini Anak Yang Keluar Dari Perut Aku,”- Dikritik Fasal Anak, Fasha Sandha Naik Hantu?

Semalam, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik beberapa video bersama anaknya di Instagram.

Video tersebut memaparkan Fasha sedang mengendong dua anaknya di sebuah stesen kereta api.

View this post on Instagram

#iburayfalraysha ♥️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Difahamkan, Fasha sekeluarga menaiki Electronic Train Service (ETS) untuk bercuti di Perlis.

Ads

Namun, video tersebut nyata tidak disenangi segelintir pihak apabila ada yang menyifatkan Fasha seperti tidak menitikberatkan soal penjagaan anak-anaknya.

Mereka turut mendakwa tindakan Fasha tersebut boleh membahayakan keselamatan anak serta orang sekeliling.

insert komen

Ads

Bengang dengan kritikan tersebut, ini respon balas Fasha kepada individu berkenaan;

“Eh kau ni, suka hati aku la anak aku. Ada je orang macam kau ni nak tunjuk pandai, kau jaga anak kau sudah. Ni anak yang keluar dari perut aku, aku tau buruk baik, tak payah nak tunjuk bijak sangat. Thank you,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Bagi MH, mungkin para peminat berasa perihatin tentang keselamatan  Fasha dan anak-anaknya kerana di tempat seperti itu, banyak kejadian yang tidak diingini mungkin boleh berlaku.

Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Aina Abdul Habiskan 10 Jam Siapkan Rakaman ‘Bluest Sky’, Usaha Capai...

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul bakal mempertaruhkan lagu terbaharunya, ‘Bluest Sky’ yang diciptakan khas untuk pertandingan nyanyian antarabangsa, Eurovision Asia di Thailand pada November depan.