Nampaknya hari ini sahaja macam-macam cerita tentang Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang kita dengar.

Jika sebelum ini peminat Elfira dan Sufian dikejutkan dengan isu ‘unfollow’ kedua pasangan ini di Instagram, beberapa hari lepas, pasangan ini dikatakan kononnya sudah putus tuning pula.

Walaubagaimanapun ramai media yang cuba menjejaki Sufian dan menghubungi penyanyi Terakhir ini untuk menjelaskan apakah yang telah berlaku kepada mereka berdua.

Bagaimanapun melalui laporan mStar, Sufian telah meminta ruang dan tidak mahu diganggu buat sementara waktu.

Ads

Manakala melalui penjelasan pengurusnya Mahadhir Mohamad, Sufian juga sudah menukar nombor telefon.

MH difahamkan kedua pasangan ini menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan tentang hal berkenaan.

Jika sebelum ini Sufian ada memuat naik satu kata-kata yang sungguh dalam maknanya tentang melepaskan seseorang, Hari ini Elfira yang kini berada di Amerika Syarikat pula ada memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang membawa maksud sesuatu.

Ads

Di akaunnya itu, Elfira berkata orang ramai boleh berkata apa sahaja yang mereka ingin katakan dan berspekulasi namun tidak tahu apakah kisah sebenar yang berlaku.

Agamanya mengajar untuk menjadi seorang yang sentiasa menjadi seorang yang baik, positif, memaafkan dan melupakan.

Ads

Malah, Elfira sempat berkata sekirannya seseorang itu bercakap tentang sesuatu yang baik, maka baiklah ia. Jika tidak, seseorang itu harus perbaiki segala kelemahannya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI