Baru-baru ini, kecoh di media sosial melibatkan sesi perang ‘balas status’ dua pengasas kosmetik popular. Bagaimanapun, difahamkan dua pihak yang terlibat sudah pun berdamai secara profesional, seterusnya mahu move on di dalam pembinaan empayar niaga masing-masing.

Ditanya mengenai apakah pendapatnya mengenai isu rakan niaga yang saling bermasam muka, Datuk Seri Aliff Syukri yang turut dikenali sebagai antara pengasas kosmetik yang lantang bersuara mengakui, dia berkawan rapat dengan kebanyakan rakan niaga lain dan baginya, jika bergaduh demi meraih publisiti, ia bukanlah suatu tindakan yang dirasakan wajar.

IKLAN

“Saya berkawan dengan kebanyakan pengasas kecantikan. Cuma bagi saya, kalau bergaduh untuk raih publisiti, ia tidak bagus kerana sedikit sebanyak ia akan membuka pekung kita sendiri. Sebagai ahli perniagaan, kalau bergaduh ni lebih baik kita bertemu secara bersemuka, usah di laman sosial,” katanya kepada MH.

 

“Kalau rasa ia perlu diselesaikan cara profesional, boleh juga gunakan khidmat peguam. Macam saya pun ada terlibat dengan isu mahkamah melibatkan dengan seorang bergelar VIP.

 

“Tetapi saya tidak hebahkan sebab biarlah mereka yang sepatutnya menjalankan tugas. Apa bila benda melibatkan bisnes, biarlah ia dilakukan secara pro dan saya juga lebih gemar untuk bersaing secara sihat,” akuinya ketika ditemu di majlis rumah terbuka dan akikah anak keempat di kediamannya di Kota Damansara baru-baru ini.

Mengakui ada memberikan nasihat kepada rakannya berhubung isu berkenaan, Aliff gembira kerana ia sudah diselesaikan cara baik dan berhemah.

IKLAN

“Saya sendiri pun ada saja bergaduh dengan orang, sebab saya tahu kita ni pun bukanlah sempurna mana. Saya ada cakap, sudah-sudahlah…Nanti kalau kau gaduh, orang hinakau balik.

 

“Apa pun, hal peribadi saya tidak campur sangat, berkawan atas dasar ikhlas dan bisnes sahaja. Tak lebih daripada itu,” akhirinya yang bakal melancarkan single kedua, bulan hadapan. 

Ikuti sedutan sidang medianya menerusi FB Live MH.

IKLAN

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155766820463435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI