Penyanyi dan pelakon, Ezlynn mengakui dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul 30 Juzuk Cinta di samping Zul Huzaimy selain sedang merancang untuk melancarkan single terbarunya selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Katanya, lagu yang masih dirahsiakan tajuknya itu masih lagi mengekalkan muzik yang fresh dan catchy, seiring dengan lagu-lagu bertentak sedemikian yang sinonim dengan sisi muziknya.

Mengulas mengenai lagu tersebut dengan lebih lanjut, Ezlynn yang kini sering melibatkan diri menerusi aktiviti tadarus al-Quran sepanjang bulan ini memberitahu, dia meminta komposer lagu berkenaan untuk mencipta lirik yang lebih positif, elak daripada menjurus kepada hal cinta yang sedih-sedih.

“Sudah Move On Dan Strong,” – Reaksi Ezlynn Bila Ditanya Perihal Dirinya Ketika Ini, Bakal Lancar Single Baru

“Saya sudah ada sebuah lagu yang mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Kiranya lagu ini bersangkut dengan bangkit semula. Apa sahaja unsur luar yang cuba mengganggu, ia beri semangat buat bangkit balik.

 

“Kalau boleh saya mahu elakkan lagi cinta yang sedih-sedih sebab mungkin semua orang sudah tahu akan situasi yang melanda kepada perkahwinan terdahulu. Jadi saya tidak mahu ada sangkut-paut dengan perkara tersebut. Ia bukanlah hak saya untuk bercerita, tidak adil kerana turut melibatkan pihak lain juga,” katanya kepada MH.

Bagi penyanyi Sesalanku ini, hal melibatkan rumah tangga merupakan suatu hal yang sensitif.

IKLAN

“Dalam isu rumah tangga, bagi saya ia sangat sensitif. Bukan melibatkan seorang sahaja, tetapi ada dua parties. Jadi saya sendiri tak mahu nak komen lebih-lebih,” kongsi Ezlynn.

Ditanya apakah yang boleh diperkatakan mengenai dirinya di dalam mengharungi dugaan yang pernah terjadi, bintang asal Perak ini dengan ringkas menjawab;

“Saya sudah move on dan strong,” akuinya.

Terdahulu, Ezlynn ditemui media selepas menghadiri majlis buka puasa dan pelancaran pakej isitmewa raya produk LimeShots, di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Fyn Jamal, Riz Amin dan Datin Alyah.

IKLAN

Ikuti temu bual bersamanya menerusi FB Live MH.

IKLAN

Ezylnn berkongsi kisah hidup dan perkembangan terbarunya

Posted by MEDIA HIBURAN on Saturday, 26 May 2018

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI