Pelakon jelita, Izreen Azminda semakin gemar berkongsi perkembangan terkini anak keduanya, Aaaron Ibrahim yang telah selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu.
Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon berusia 34 tahun itu telah berkongsi foto terkini anak keduanya itu.
Bintang kelahiran Kangar, Perlis ini turut memaklumkan anak keduanya itu kini sudah mencecah usia 5 bulan dan sudah tumbuh gigi.
Ads
“Awak baru nk masok 5 bulan.. Dah dua batang gigi dah adik.. #aaronibrahim,” tulisnya.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Ads
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Betty Rahmad teruja apabila anak sulungnya, Ardy Wira membesar dengan sihat dan aktif.
Tamban pula, Ardy yang kini berusia 10 bulan itu dilihat semakin membesar kerana beberapa batang giginya mulai tumbuh.
Mahu mengabadikan momen indah itu, adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida merakam video Ardy yang tersenyum sambil menunjukkan giginya.
“Show me your teeth,” kata Betty ringkas kepada Ardy.
Lalu bayi comel itu memberikan respon sambil tersenyum
Awal semalam, pelakon Emma Maembong ada memuat naik satu potongan video pendek yang merakamkan aksinya sejurus selesai melakukan salah-satu babak menerusi drama terbaru lakonannya, Cemburu Seorang Perempuan yang kini rancak bersiaran.
Difahamkan, watak tersebut adalah ketika Emi mengamuk selepas mengetahui Zik dan Dhia sebenarnya sudah pun bersama.
“Lepas scene emi “jerit2 bg tahu dia sakit dapat tahu zik dgn dhia dah bersama” sakit kepala, mental jap betul2.
”THANK YOU @tqahadei AND @imanikhairiah jaga emma time ni. sakit sgt kepala asyik jerit2 #cemburuseorangperempuan #emanizers #Emmamaembong @emanizers,” tulisnya.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Menerusi ruangan komen, rakan selebriti termasuk peminat turut memuji lakonan Emma yang disifatkan terbaik dan lari dari mana-mana watak yang pernah dibawakan sebelum ini.
Selain Emma, Cemburu Seorang Perempuan yang sudah pun berada ke penghujungnya ini turut di dukung para pelakon hebat lain seperti Amar Baharin, Amyra Rosli, Nazrief Nazri dan ramai lagi.
Drama sebanyak 20 episod ini ditayangkan menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gara-gara mahu kembali aktif memeriahkan industri seni dengan lebih aktif dengan imej yang lebih segar, Dazrin Kamarudin mengakui gigih bersenam di gim demi mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Menafikan perubahan fizikal tersebut mempunyai kaitan dengan sebarang penggunaan bahan terlarang, bintang berusia 31 tahun ini bagaimanapun mengakui mengambil menu sihat selain giat bersenam.
“Saya tak guna pun bahan terlarang seperti dadah. Saya hanya bersenam dan menjaga pemakanan.
“Kesedaran untuk menurunkan berat badan datang sendiri. Selepas berkahwin, berat badan saya pernah mencecah sehingga 89 kilogram.
“Malah, ia tidaklah berlaku secara drastik. Sebaliknya, proses penurunan berat badan berlaku secara berperingkat.
“Pada masa sama, ada penerbit drama juga memberi tamparan untuk saya menurunkan berat badan.
“Dengan fizikal yang berisi, ia menyukarkan saya untuk mendapatkan tawaran sebagai hero dalam drama bersiri atau telefilem,” katanya yang kini mempunyai berat 70 kilogram.
Terdahulu, Dazrin ditemui di majlis sidang media filem Mahathir: The Journey arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan di Sheraton Petaling Jaya, pada Isnin.
Filem ‘Mahathir, The Journey’ menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Menerusi naskhah tersebut, Dazrin bakal membawakan watak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Lalu, perubahan fizikalnya kini juga turut mempunyai hubung kait dengan projek barunya yang akan memulakan penggambaran bulan hadapan itu.
“Untuk watak tersebut juga sebenarnya saya kena kuruskan badan. Saya diberi amanah untuk pegang watak sebagai YB Syed Saddiq. Seperti yang kita tahu, dia seorang menteri yang aktif dan fit.
“Jadi saya tidak boleh terkebelakang, perlu ada fizikal yang hampir sama seperti YB. Pada masa sama, kita juga beri penekanan kepada imej. Itu yang saya cuba untuk potong rambut dan kuruskan badan.
“Daripada saiz baju L kepada XS” katanya yang dipanggil hadir ke sesi uji bakat pencarian pelakon terlebih dahulu sebelum senarai lengkap para pelakon diumumkan.
“Bukan mudah untuk saya bawakan watak tokoh yang terkenal dan dia sangat popular sekarang dalam kalangan anak muda. Saya akan buat sehabis baik,” impi Dazrin optimis.
‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta turut dibarisi pelakon Azhar Amir yang mendukung watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah).
Penyanyi hebat, Ning Baizura pula diberi kepercayaan untuk memainkan watak sebagai Datin Paduka Marina Mahathir, Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.
Mahathir: The Journey akan diarahkan oleh pengasas filem yang dikenali, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dan Chan Wai Cheong, dengan penerbit filem, pelakon dan penyanyi veteran Dr. Lawrence Poh sebagai penerbit eksekutifnya.
Sementata itu, Yusof Kelana pula dipilih sebagai pengarah kreatif dan filem ini dibentangkan oleh Reliance Media Group berdasarkan tetapan faktual, merangkumi perjalanan 16 tahun Tun M, dari masa persaraannya selepas berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Seterusnya, negarawan itu kembali memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri sekali lagi, dari tahun 2018, pada usia 93 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!