Tahniah MH ucapkan buat penyanyi tinggi lampai, Nita Hamzah, 38, yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki pilihan, Mohd Fareez Shamsul Bahari, 30, pada 29 April depan di Batu Caves, Selangor.

MH yang baru sahaja menerima jemputan daripada bekas naib juara program Malaysia Idol 2 itu sempat berkongsi perasaan berdebar menantikan detik bergelar raja sehari, hujung April nanti.

Terdahulu, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan Ogos tahun lalu dan jemputan akad nikah hanya diberikan kepada rakan media dan sahabat terdekat sahaja.

IKLAN

“Macam-macam perasaan berbaur. Gementar pun ada. Alhamdulillah akhirnya jodoh sudah sampai dan insyaAllah kami akan disatukan tidak lama lagi. Setakat ini, lebih 70 peratus persiapan sudah pun dilakukan dan sekarang, sibuk menghantar jemputan kepada kenalan dan rakan media,” katanya ketika dihubungi MH.

Tidak menafikan semakin dekat detik diakad nikah, semakin besar dugaan menimpa pasangan ini. Bagaimanapun, Nita optmis dan menyifatkan dirinya bertuah kepada bakal suaminya itu merupakan seorang yang matang, meski usianya lebih muda berbanding Nita.

Sudah Edar Jemputan, Nita Hamzah Sah Kahwini Lelaki Lapan Tahun Lebih Muda 29 April Depan!

IKLAN

“Biasalah dugaan nak kahwin kan. Bukan soal ada yang nak ‘caras’ atau apa. Sebaliknya daripada segi komunikasi sahaja. Persiapan kahwin suatu yang rumit dan ada ketikanya ada miss communication di antara kami.

 

“Bagaimanapun, saya beruntung dan syukur kerana Fareez tidak cepat melatah. Dia lebih matang meski usianya lebih muda daripada saya,” katanya jujur. 

Pada masa sama, Nita juga mengakui dia tidak mempunyai sebarang sekatan daripada bakal suami untuk meneruskan kerjaya dalam seni, meski bila sudah bergelar isteri kelak.

“Setakat ini, dia menerima saya seadanya dan dia tidak pernah nak sekat saya untuk terus berkarya. Bila saya rasa ‘down’ dengan naik turun dalam nyanyian pun, dia merupakan individu yang paling kuat memberika sokongan. Cuma sayalah yang perlu tahu batas, imej dan pergaulan apabila berstatus isteri orang,” kongsinya.

Sudah Edar Jemputan, Nita Hamzah Sah Kahwini Lelaki Lapan Tahun Lebih Muda 29 April Depan!

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Nita juga bakal muncul menerusi single Hadirlah Cinta dalam masa terdekat.

“Lepas selesai sahaja nikah, fokus saya adalah untuk single terbaru. InsyaAllah akan ada pelancaran rasmi untuk lagu tersebut tidak lama lagi,” akhiri Nita optimis.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI