Sudah Didedahkan! 20 Gadis Cantik Telah Berjaya Disenarai Pendek, Yang Mana Bakal Rebut Gelaran Dewi Remaja Terbaru?

Share

Wow! Pencarian Dewi Remaja diteruskan untuk mencari siapakah gadis bertuah dan selayaknya yang bakal menyandang gelaran Dewi Remaja 2019.

Selepas 4 hari berlangsungnya misi pencarian menerusi sesi uji bakat yang telah dijalankan, pihak Remaja nampaknya sudah mendedahkan 20 finalis yang telah berjaya disenarai pendek.

Menerusi penyertaan yang diterima, 20 figura terpilih itu pastinya telah berjaya melalui semua peringkat uji bakat selain menawan hati juri.

Pengumuman barisan finalis awal itu dikongsikan menerusi Instagram, @majalahremaja pada Khamis.

Apapun, jangan lupa untuk mengikuti pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2019 tidak lama lagi. Siapakah yang berjaya mara?

 

IKLAN