Sudah Ada 8 Batang Gigi, Majlis Tahnik Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Disempurna Ulama Habib Ali Zainal Abidin

Share

Pelakon Betty Rahmad meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Ardy Wira telah selesai menjalankan majlis tahnik baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan ulama, Habib Ali Zainal Abidin Al- Hamid yang menyuap manisan ke dalam mulut bayi berusia tujuh bulan itu.

“Alhamdulillah rezeki @ardywira_ dapat ditahnik dengan ulama Habib Ali Zainal Abidin Al- Hamid harini walaupun dah ada 8 gigi syukur masih ada rezeki kamu.

“Tapi kenapa kamu gigit tangan Habib sayang mommy? Semoga jadi anak soleh mommy & daddy,” tulis Betty.

Menerusi ruangan komen, netizen mendoakan agar Ardy membesar menjadi seorang anak yang soleh.

Untuk rekod, Betty, 36 dan suaminya, Ardy Damis,32 bernikah pada 4 Februari tahun lalu.

Pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Ardy Wira pada 19 Januari lalu seberat 3.26kg.

Video : Instagram Betty Rahmad

IKLAN